Cara Untuk Tukar Kedudukan Pintu Peti Sejuk Secara DIY

605 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Perasan tak setiap kali nak beli peti sejuk ni kadang-kadang kebanyakkan pintu mesti kena buka daripada kiri terlebih dahulukan? Jadi, untuk orang yang menggunakan tangan kanan sememangnya tidak menjadi masalah namun ia menjadi masalah untuk orang yang selalu menggunakan tangan kiri untuk melakukan apa jua tugas harian.

Jangan risau sebab kedudukan pintu peti sejuk ni sebenarnya boleh jer diubah untuk keselesaan diri anda. Cara yang ditunjukkan oleh @sayazuhri adalah untuk anda menukarkan kedudukan pintu tersebut secara diy sahaja dirumah. Caranya senang sahaja.

Jom kita melihat cara untuk menukarkan kedudukan pintu peti sejuk ini. Mana tau lepas ni nak tukar terus ker apa kat rumah.

Cara Senang & Mudah Untuk Menukar Kedudukan Pintu Peti Sejuk Secara DIY

Sebenarnya arah dan kedudukan buka pintu sejuk boleh diubah cuma ramai jer yang tak tau pasal benda ni.

Cara Mudah Menukarkan Kedudukan Pintu Peti Sejuk

Kebanyakkan pintu ni akan terbuka daripada kiri kan? Macam mana nak ubahnya?

Pintu Peti Sejuk

Pertama sekali bukakan bracket pada bahagian atas ni.

Kemudian, bracket bawah dan tengah pula jangan lupa nak cabutkan.

Pintu Peti Sejuk

Bracket tadi daripada kanan tadi pasanglaaa kat bahagian kiri peti tersebut.

Pin pintu pun pastikan berubah. Asalkan berlawanan dengan kedudukan yang asal.

Pintu Peti Sejuk

Bukakan bahagian pin tu dan tukar kedudukan bracket tersebut.

Pintu Peti Sejuk

Lepastu, pasangkan balik pintu tersebut seperti biasa. Dah siap. Sekarang anda boleh buka pintu peti ni bermula daripada bahagian kanan. Senang kan?

Pintu Peti Sejuk

Video Penuh Untuk Menukar Kedudukan Pintu Peti Sejuk Ini

Sumber : @sayazuhri

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down