DIY Outdoor Feature Wall Menggunakan Stone Veener

145 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sedang mencari sebuah projek DIY yang melibatkan kerja-kerja dinding batu bata pada luar rumah. Anda datang ke tempat yang betul sebab pengguna facebook bernama アリフ モクタル ini kembali lagi dengan kerja-kerja DIY yang melibatkan dinding batu bata. Beliau merupakan seorang yang pakar dalam melakukan kerja dinding ini.

Untuk DIY kali ini, beliau berkongsikan bagaimana untuk melakukan sebuah DIY outdoor feature wall yang menggunakan batu bata khas bernam Stone Veener. Dengan menggunakan stone veener ini, dinding luar pada halaman rumah komfirm nampak lebih berseri dan cantik.

Yang mana nak buat dekorasi dinding bertemakan batu bata ini terutamanya batu bata daripada Stone Veener boleh ikuti DIY yang dilakukan oleh beliau.

Proses DIY Outdoor Feature Wall Dengan Menggunakan Batu Bata Stone Veener Yang Cantik

Outdoor feature wall/accent wall.

Struktur lapisan dinding luar :

Bata merah biasa >> plaster cement >> Sika Topseal 107 Part A + B untuk waterproofing/damp proofing >> Stone veneer

Stone veneer pada dinding luar :

Sika Ceram 88 + Sika Latex 118 sebagai campuran simen gam.

Harga Stone Veneer brand Suzuka ni sudah naik. Setahun yang lepas RM96/carton, sekarang RM118/carton. Ade tempat RM126/carton.

Finishing : Stone Care Topcoat Glossy Finish.

Proses Dalam Melakukan DIY Outdoor Feature Wall

Proses menampalkan batu bata stone veener ini sedang dijalankan pada bahagian dinding rumah.

Outdoor Feature Wall

Ini dia brick jointer saiz 12mm. Digunakan utk tekan grouting ke celah2 bricks dengan cantik dan kemas. Boleh digunakan sebagai penentu jarak gap.

Untuk spacing diantara setiap batu bata ini saya menggunakan dowel. Ia tujuan untuk spacing antara batu bata dengan lebih tepat dan kemas.

Outdoor Feature Wall
Outdoor Feature Wall

Ini adalah Grouting bag. Saya beli kat Amazon.com.us. Sebab apa beli kat amazon? Sebab saya tak jumpa search kat Lazada ataupun Shoppee.

Inilah dia Brick Jointer.

Proses meletakkan grout cement mixture menggunakan Grouting Bag. Kemudian, grout cement akan dikemas menggunakan Brick Jointer.

Outdoor Feature Wall

Kredit : アリフ モクタル

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2023 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down