Kawasan rumah jenis perumahan teres, biasanya pagar yang digunakan adalah jenis dawai silver dan hijau berduri sahaja. Penggunaan pagar sebegitu sudah pasti membuatkan bahagian rumah yang di diami itu agak kurang privasi untuk kita sekeluarga.
Jadi, cara terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut adalah dengan memasang shera plank pada pagar rumah. Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Khairul Izuan. Beliau telah tukarkan pagar dawai berduri kepada pagar shera plank supaya privasi rumahnya lebih terjaga.
Untuk melihat cara penghasilannya, boleh terus sambung bacaan di bawah ini.
Asalnya nak pasang dekat pagar pintu masuk sama macam orang lain buat. Tapi, orang rumah suruh pasang ganti di pagar duri.
Saya guna hollow bar 2 x 1 inchi sebagai frame untuk pasang Shera Plank.
Bahagian pagar tepi yang ingin dipasang dengan pagar baru guna Shera Plank.
Sebelum pemasangan shera plank, besi melintang 2 inci x 1 inci perlu di welding baru rasa tegap frame itu.
Pagar hijau milik jiran juga dibuka. Sebelah jiran, kita cat bagi cantik. Kalau dia nak ubahsuai juga hanya perlu tinggal lekatkan shera plank sahaja. Frame sudah tak perlu buat, sangat menjimatkan buat jiran sebelah. Apa yang penting berbincang dahulu sama ada jiran setuju atau tidak, barulah tiada isu di kemudian hari.
Proses mengecat dilakukan. Kalau kita cat satu arah sahaja, ia akan menampakkan beza corak timbul.
Sebagai contoh, satu papan kalau dicat guna cara tolak ke atas, hanya tolak ke atas dengan satu arah sahaja. Begitulah juga kalau ke bawah. Gunakan satu arah juga.
Okay sekarang kita cerita mengenai cara pemotongan Shera Plank pula. Lebar plank ini 6 inci. Penghasilan bahagian tajam itu beliau potong guna grinder mata potong tiles.
Untuk panjang Shera Plank itu pula 10 kaki. Jadi, beliau bahagikan kepada 2, dapatlah 5 kaki. Satu batang Shera Plank dapat 2 batang untuk pagar.
Kalau guna gergaji memang agak lambat, sebaiknya pakai sahaja mata potong tiles barulah jadi halus dan cantik.
Ia dilakukan semula dengan teliti olehnya sendiri.
Beginilah hasilnya setelah pagar rumah selesai dipasang Shera Plank.
Untuk lekatkannya pada rangka pagar besi itu, beliau gunakan skru supaya lebih kukuh dan tidak mudah tercabut.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap penghasilan pagar seperti ini dapat memberikan idea dan inspirasi dalam mencantikkan lagi bahagian pagar rumah.
Semoga bermanfaat.