Sebagai pemilik rumah, sudah pasti banyak idea yang terlintas di fikiran bagi memastikan rumah kita lebih selamat dan ada privacy.
Namun, bagi menjadikan pagar tersebut lebih privacy, sudah pasti bakal menelan kos yang agak tinggi bagi menukar pagar baru yang lebih baik.Sekiranya bajet yang sedia ada tidak begitu meriah, jadi apa kata kita cuba hasilkan sendiri dengan cara DIY.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh suami kepada wanita ini yang bernama Nur Ain Abd Rahman. Berbekalkan bajet serendah RM500 sahaja, beliau berjaya jadikan pagar rumah miliknya itu menjadi satu pagar privacy yang menarik.
Jadi, untuk melihat proses-proses yang dilakukan, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Memandangkan harga pagar baru agak mahal, jadi kami decide untuk DIY je.
Dari design yang terbuka kami tutup dengan panel aluminium. Memang jimat banyak.
Gambar sebelum pinjam pagar jiran sebelah. Aluminium beli dekat Shopee je.
Seller boleh potong ikut saiz yang kita nak. Hanya drill lekatkan skru terss, tak perlu welding.
Kos keseluruhan dalam RM500.
Rupa asal pagar ini sebelum dipasang panel aluminium.
Inilah panel aluminium yang digunakan. Ianya dibeli dari Shopee.
Aluminium Flat Bar: https://shope.ee/ftdwxC5uP
Proses pemasangan dilakukan. Pada bahagian dalam pagar diskru.
Selesai sudah pemasangan panel aluminum pada pagar. Barulah rumah kita lebih privacy.
Sangat jimat projek DIY yang dilakukan pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.