DIY Faux Brick Wall Yang Cantik Pada Ruangan Garaj Kereta

4,099 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Inginkan sebuah dinding yang macam ala-ala bata dengan tona warna yang berbeza? Kini, anda boleh melakukannya dengan sendiri sahaja seperti yang dilakukan oleh Ah Buck Yahaya. Beliau kongsikan bagaimana cara untuk melakukan DIY faux brick wall yang cantik untuk ruang rumah anda.

Hasilnya sangat cantik terutama jika DIY faux brick ini dilakukan pada ruangan ruang tamu di rumah. Ingin lihat bagaimana DIY ini dilakukan? Jom kita ikuti perkongsian daripada Ah Buck Yahaya ini. Confirm anda akan terkejut melihat hasil akhir yang dilakukan ini.

Projek DIY Faux Brick Wall Pattern Yang Cantik Pada Ruang Garaj Kereta

Nak share sebuah projek DIY Faux Brick Wall pada ruangan garaj yang dilakukan.

Abam buat dekat porch. Elok juga kalau buat feature wall dekat hall/dining area atau dalam bilik pun mcm ok. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Proses Untuk Melakukan DIY Faux Brick Wall Ini

Mula-mula, buat contoh ukuran brick pakai keratan kotak, nanti senang nak ukur bila nak lekat masking tape. Abam buat 19 x 4inches.

Abam buat size besar sikit. Lepastu sambil2 mengucap dan beristighfar bolelah lekatkan masking tape ni.

Tak kisah kalau line senget2. Ingat! Tiada benda yang sempurna. Abam buat line horizontal dulu. Tak dan siap tengok-tengok masking tape habis. Stress. Mujur kedai runcit dekat ni ada jual.

Kemudian buat line vertical macamni. Boleh saja buat terus bentuk brick tu tapi abam penyegan dan nanti takut tak sama pula. Lepas siap hampa potong la sisi dia selang seli.

Tadaa dah siap dah. Herot2 pun tak apa. Pastikan masking tape hampa lekat elok2 dekat dinding, gosok2 sikit tamau nanti cat meleleh masuk banyak2.

DIY Faux Brick Wall

Then boleh mula mengecat. Abam mix dua kaler grey dan white. Tuang semua cat dalam tray, mix light2 dan mulalah dab2.

Hampa jangan tonyoh pulak. Memang nampak macam hodoh sikit but trust the process. Btw abam ambik tray air dekat dapur sebab nipis, flat dan ringan.

Tips : Korang pilihlah beberapa kotak untuk letak warna yang lebih gelap dan beberapa kotak untuk warna yang lebih light barula ada macam tone2 sikit.

Dah nak siap. Anak abam dok main pintu sambil berkata, Daddy!!! Hodoh gileeee! Sabar jerla awang.

DIY Faux Brick Wall

Hasil Sebelum Dan Selepas DIY Faux Brick Wall Dilakukan Ini

More is more. Abam gantung basikal lama dua biji ni. Beli di nursery Kak Zu di jalan rantau panjang lama dulu. Letak di luar berkarat kena hujan so hampa dudukla sini.

DIY Faux Brick Wall

Wow, sungguh cantik hasil akhir projek yang dilakukan oleh beliau. Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada anda yang ingin menghias dinding rumah supaya menjadi lebih cantik dan menarik.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Ah Buck Yahaya

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down