DIY Partition TV Yang Cantik Bermodalkan Bawah RM200

61,596 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mempunyai sebuah partition untuk seseuatu ruang mampu membuatkan lagi tempat tersebut nampak cantik dan menarik. Macam yang dilakukan oleh Mas Indra Sulaiman ini, beliau melakukan sebuah DIY partition tv untuk diletakkan dirumahnya dengan bermodalkan bawah RM200 sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk lakukan DIY adalah plywood, skru dan juga staple gun. Jadi, Giler Deco ingin kongsikan bagaimana partition TV ini dilakukan oleh beliau dan juga hasil akhir partition tv tersebut. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Lelaki Ini Melakukan DIY Partition TV Dengan Hanya Bermodalkan RM200 Sahaja

Hantam la labuu. janji siap.

Ingat nak beli kayu bluti 3" x 3" tapi sekali survey harga dia sangatlah mahal.

Last2 pakai plywood 2 keping + skru apa yang patut + stapler gun + wallpaper. Total kos lebih kurang rm200 jer dan dapatlah buat 10 tiang. Tu pun dah okay sangat.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

Proses Membuat DIY Partition TV ini

Proses dimulakan dengan mengambil sebuah plywood, lukiskan dan potongkan sehingga mendapatkan 10 tiang iaitu tiang untuk lakukan partition tv. Ketar tangan memotong satu-satu plywood ini.

Proses memotong plywood dijalankan.

DIY Partition TV

Selepas mendapat 10 tiang tadi, saya menggunakan mata grinder jenis bulat untuk hilangkan selumbar dan meratakan bahagian tepi tiang tersebut.

Hasil memotong plywood tadi. Hehehe.

Gabung dan lekatkan tiang partition ini dengan menggunakan stapler gun.

Letakkan L Bracket kat bawah untuk dijadikan tapak partition tv ini.

DIY Partition TV

Untuk nampak cantik lagi, balutkan partition ini dengan menggunakan wallpaper stiker. Boleh didapati didalam Shopee.

DIY Partition TV

Tengok sikit proses letak stiker vs yang tidak letak stiker.

DIY Partition TV

Siap letakkan stiker sepenuhnya pada paartition tersebut.

DIY Partition TV

Hasil Akhir Proses DIY Partition Yang Dilakukan Ini

Alhamdulillah! Ini lah dia hasil akhir hasil kerja sendiri membiat partition tv ini. Nampak biasa sahaja namun puas hati dengan hasil kerja yang dilakukan ini.

DIY Partition TV

Sumber : Mas Indra Sulaiman

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down