Projek Penghasilan Dinding Batten Dan Shiplap Dengan Bajet Cukup Murah

3,908 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika anda adalah seorang peminat hiasan pada dinding, sudah pasti ada terdetik untuk dihasilkan pada dinding rumah sendiri kan? Kalau tak cuba, sudah pasti tidak tahu hasilnya bagaimana.

Itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Nazeem Zaim. Walaupun sebelum ini tidak pernah melakukan kerja-kerja DIY, beliau nekad untuk hasilkan dinding batten dan shiplap pada dinding rumahnya secara sendiri sahaja.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom terus ikut di bawah ini.

Projek Penghasilan Dinding Batten Dan Shiplap Cara Bajet

Dinding ruang bilik semasa pemasangan batten wall pada bahagian bawah dinding.

Projek Penghasilan Dinding Batten Dan Shiplap

Kemudian, kayu tersebut disapu dengan cat coating terlebih dahulu sebelum dicat dengan warna pilihannya.

Kayu yang digunakan adalah kayu siling.

Cat masih belum kering sepenuhnya lagi. Walaupun begitu, beliau sudah tidak sabar untuk mendeco.

Hasil dinding batten tersebut setelah selesai dicat dengan warna hijau emerald.

Proses seterusnya pula adalah pemasangan shiplap wall. Beliau melakukannya pada sudut berbeza. Namun, masih lagi dilakukan pada ruang yang kecil.

Barangan yang digunakan adalah separuh shiplap dan wallpaper. Untuk wallpaper, beliau kekalkan yang asal.

Pemasangan mula dilakukan.

Kemudian, kayu tersebut dicat dengan warna coklat.

Hasil setelah dicat.

Hasil setelah selesai dipasang dan dideco sepenuhnya.

Menarik hasil DIY dari percubaan kali pertama ini. Sampai di sini sahaja perkongsian kita pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down