DIY Sebuah Pasu Tanaman Yang Panjang Untuk Tujuan Bercucuk Tanam

715 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ada sesiapa yang berada di sebuah rumah apartment ataupun kondo? Duduk pula pada tingkat yang tinggi. Kalau yang jenis suka bercucuk tanam mesti buntu macam mana nak tanam pokok pada rumah dengan ketinggian tersebut dan juga tanpa ada tempat bercucuk tanam.

Kini, ada penyelesaiannya iaitu dengan melakukan sebuah DIY pasu tanaman untuk diletakkan pada beranda rumah. Nak bercucuk tanam pun boleh tanpa ada halangan. DIY pasu tanaman ini dilakukan oleh Che Puteh Osman.

DIY Pasu Tanaman Yang Panjang Untuk Tujuan Bercucuk Tanam Di Dalam Halaman Rumah

Anak saya suka kute sukulen saya ni. Sebabnya pasu panjang ni besar. Tak cukup tempat. Jadi saya letak dekat dengan pintu. Saya ingat nak beli saja rak kecil saja. Tiba-tiba teringat paip dekat belakang yang tak guna. Idea pun mencurah-curah datang.

Langkah pertama ambil paip, buat anggaran ukuran. Ambil gergaji kecil serbaguna dan pita pengukur. Kerat ikut saiz yang dikehendaki. Lepas itu, pecut pergi kedai hardware cari T junction dan L corner.

Langkah-Langkah Untuk Melakukan DIY Ini

Okay try and error. Nak pastikan kukuh. Tengah bega-bega kukuh ke tidak.

DIY Pasu Tanaman

Masuk dalam plastik. Tebuk lubang sikit, picit dalam paip. Boleh roboh kalau letak paip saja. Maka saya pergi godek simen campur dekat store yang pernah beli 2-3 tahun lepas tapi tak jadi.

Percubaan cat dengan berus. Tapi rasa macam kena guna berus yang lain. Alang-alang cat pun lawa jugak. Godek dekat store jumpa cat hitam.

DIY Pasu Tanaman

Dah cakap memang tak cantik rupanya guna berus. Last2, saya cuba pakai roller pula.

Cancel guna roller. Kita pakai spray pula.

Sambil tu alang-alang dah kotor tangan, cat terus plywood ni. Nanti nak tambah roda. Sedap spray, tak cukup pulakk. Hmm malas pula nak beli. Mahal juga cat ini. Cat dululah kayu plywood yang saya beli untuk jadikan tapak beroda bakul baju.

DIY Pasu Tanaman

Nampak kukuh. Ada paip melintang kat bawah yang satukab dua kaki. Simen belum mengeras sepenuhnya sebab cuaca mendung.

DIY Pasu Tanaman

Kredit : Che Puteh Osman

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down