Pernah dengar atau tidak bahawa sebuah piring astro ini bukan sahaja untuk memancarkan signal dari satelit terus ke astro dekoder kita tapi boleh dijadikan sebagai sebuah meja kopi? Mesti korang tak pernah dengarkan? Namun, ianya ada dan wujud.
DIY meja kopi yang dilakukan oleh Mohd Hilmi ini adalah diperbuat daripada piring astro. Disebabkan waktu tersebut masih lagi dalam PKP dan tiada apa-apa benda boleh buat, maka terjadilah DIY tersebut. Meja tersebut telah diletakkan pada bahagian luar rumah beliau. Menurut beliau, nak lepak-lepak sambil minum kopi baru syok ada meja sebegitu.
Jadi, jom kita tengok perkongsian daripada beliau bagaimana cara untuk melakukan meja kopi DIY ini dan hasil akhir meja kopi yang dilakukan tersebut.
Lockdown Projek
Since PM umumkan lockdown ni terus kepala start fikir nak buat ape la time lockdown ni. Gi kerja seminggu sekali je. Mau jem kepala ni kalau tak de nak buat ape-ape.
Tengah lepak2 kat depan rumah nampak pulak piring astro rumah jiran terus dapat idea. Buat meja pun ok ni tapi bukan aku rembat jiran punya. Ni aku punya eh.
Selalunye buat projek berkaitan letrik je kan, kali ni kita main job kayu ngan besi pulak. Hentak je la, cantik ke tak belakang kira, janji ada job. Setelah berhempas pulas bermain dengan habuk kayu maka terhasil la Astro Coffee Table ni.
Boleh la nak buat2 santai sambil monitor anak main kat depan rumah. Sambil2 tu boleh la submit takaful application. Kebetulan ngam semalam siap meja ni terus member lama 1 sekolah dulu Asyraf Zulkapli nak apply medical card, cantek sangat la tu. Kira buang buruk la orang cakap.
Next projek masih sedang dipertimbangkan.. mungkin buat kerusi pulak kot.. banyak projek ni, tinggal nak buat ke tak je la.
Projek DIY Meja Kopi Diperbuat Dari Piring Astro
Waktu untuk turunkan piring astro yang dah tak guna ni.
Buang part yang tak nak. Kita cuma nak piring sahaja. Nasib elok lagi condition ini.
Waktu untuk spray piring ini kepada warna emas berkilauu gituuu.
Sesi membuat permukaan meja untuk letakkan piring ini. Gunakan kayu yang sesuai seperti kayu pallet.
Hasil Akhir DIY Meja Kopi Yang Dilakukan Ini
Jeng Jeng Jeng. Dah siap sudah DIY meja yang dilakukan ini. Meja ini diletakkan diluar. Baru nampak stylo habis, kan? Kalau nak lepak kat luar hanya cuma tarik jer meja tu dan boleh bersantai diluar sambil minum kopi o atau teh panas.
Sungguh kreatif idea beliau mengubah suai piring astro kepada meja kopi. Sangat jimat dan tak perlu membazir. Semoga ia dapat memberikan idea kepada anda di luar sana untuk guna semula barang yang terpakai dan dijadikan sesuatu yang berguna.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Mohd Hilmi Mohd Idrus