Projek DIY Premium Rak Outdoor Tempat Jemuran Periuk

679 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki bakat dalam menghasilkan kerja-kerja DIY boleh dikatakan satu anugerah buat kita. Hal ini kerana, boleh dikatakan tidak semua orang pandai untuk bertukang.

Perkongsian kali ini adalah dari seorang lelaki yang sangat suka bertukang iaitu Ben Safwan. Beliau telah menghasilkan projek DIY premium rak outdoor tempat jemuran periuk yang sangat unik dan kreatif.

Jom sama-sama kita lihat projek DIY yang dilakukan olehnya dengan lebih lanjut di bawah ini.

Projek DIY Premium Rak Outdoor Tempat Jemuran Periuk

Kali ini saya guna material besi C channel untuk projek outdoor.

Banyak projek outdoor di masa depan seperti awning bahagian tepi, Nak sambung bahagian dapur jadikan laundry dan tempat masak, rak singki, kabinet di garaj dan sebagainya.

Maka saya mulakan dengan rak 6 kaki panjang 2 kaki lebar 3 kaki tinggi sebagai permulaan.

Kos Metarial:

Setakat ini, beliau hanya guna 3 batang, tetapi, anggarannya lebih kurang 4-5 batang. Hanya pula sekitar RM175 dan tambah itu ini dalam RM200 tak termasuk kalau nak cat. Beliau suka guna cat yang ada compressor 100 liter.

DIY Premium Rak Outdoor

Beliau berkata, sangat berpuas hati dapat rak super kukuh. Alatan kalau untuk yang baru nak bermula projek DIY:

Gunting yang sesuai seperti brand Stanley / Irwin / Sata, tape, sesiku L, drill, skrud dan rivet gun manual.

DIY Premium Rak Outdoor

Jangan tengok banding tool saya. Saya tools lengkap sebab sudah banyak projek DIY premium dan sudah bertahun kumpul tools.

Rak ini khas untuk dapur outdoor dan fungsi dia untuk keringkan periuk dan bekas selepas basuh. Kalau tak ada pintu pun tak apa.

DIY Premium Rak Outdoor

Seperti mana projek saya, memang saya suka clean look. Maka saya curi ruang-ruang tertentu dan gunakan rivet. Hasilnya, tak nampak comot dengan skru sana sini.

DIY Premium Rak Outdoor

Tapak dikukuhkan dengan double besi. Baru sedap menahan beban. Fasa seterusnya ialah pasang tiang tengah, siapkan para. Finishing dengan apply simen pada bahagian tertentu, gosok dan spray anti karat sebelum naik warna.

DIY Premium Rak Outdoor
DIY Premium Rak Outdoor
DIY Premium Rak Outdoor
DIY Premium Rak Outdoor
DIY Premium Rak Outdoor

Siap sebelum spray finishing.

Mungkin siap bagi orang lain, tapi belum siap pada saya. Lepas isi sealant semua, esok saya akan spray primer yang bagi tahan karat.

Beliau guna brand yang sama untuk thinner dan cat supaya lebih mudah lebih serasi.

DIY Premium Rak Outdoor

Memang sifat beliau suka clean look. Walaupun guna skru lebih cepat sedikit, tapi mata tak begitu selesa kalau skru tertonjol di semua bahagian.

DIY Premium Rak Outdoor

Sebab itu beliau guna rivet dan tak ada masalah sebab selepas ini rivet guna air compressor akan sampai. Lagi senang.

DIY Premium Rak Outdoor

Kos material yang digunakan adalah 6 batang (lebih 8 kaki sahaja). Jadi, dalam RM210 dan tambah tolak rivet, sekitar RM220. Dengan bajet sekitar itu dapatlah rak 6 kaki x 2 kaki lebar x 3 kaki tinggi yang kukuh.

DIY Premium Rak Outdoor
DIY Premium Rak Outdoor
DIY Premium Rak Outdoor

Ini adalah bahagian terakhir sekali.

Besi Biru Bertukar Besi Hitam!

Akhirnya siap untuk mata beliau. Pilihan spray cat anti karat LSC iron oxide primer dengan air compressor dan clear flat dari Anchor sudah cukup memadai untuk rak jemuran periuk outdoor ini.

DIY Premium Rak Outdoor

Iron oxide primer ni khas untuk besi. Lapisan asas untuk melindungi besi dari karat.

DIY Premium Rak Outdoor

Kos material - 6 batang besi biru / skru / rivet - RM220.
Kos cat iron oxide - 1 tin RM30 (guna 1/5 sahaja).
Thinner - 1 tin 2 liter RM18 / (guna 1/2).
Clear - 4 tin RM7.69 total 30.76.

DIY Premium Rak Outdoor
DIY Premium Rak Outdoor

Total semua sekali lebih kurang RM266 untuk 6 kaki panjang 3 kaki tinggi 2 kaki lebar yang super kukuh.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga penghasilan projek DIY ini dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana. Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down