DIY Sangkar Kucing Bajet Bawah RM200

1,230 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Susah betul nak cari sangkar kucing bajet bawah RM200 ni, namun Alhamdulillah terima kasih kepada Aisyah Zaila HjMT kerana berkongsi bagaimana untuk DIY menggunakan barangan dari kedai Eco sahaja.

Kini pemilik kucing sudah tidak perlu lagi mengeluarkan bajet yang besar membeli sangkar kucing yang luas  untuk memberi keselesaan kepada kucing anda.

Jom ikuti proses DIY bajet yang dikongsikan oleh wanita ini.

Proses DIY Sangkar Kucing

 

Antara barang yang diperlukan adalah

  • Metal steel - 73 keping.
  • Roda - 15 (ikat di setiap penjuru dan bahagian tengah setiap metal steel supaya base tidak melendut.
  • Cable tight (unlimited). Ikat menyenget supaya kukuh - boleh rujuk gambar.
  •  Selak pintu-2
  •  Sesiku L

Langkah - Langkah:

 

Mula-mula bentukkan sangkar menggunakan metal steel. Saiz ketinggian dan kelebaran yang ingin dihasilkan bergantung kepada anda.

Sangkar Kucing 1

Selepas itu, pastikan pada bahagian bawah roda tersebut diikat pada metal steel menggunakan cable tight. Seterusnya ikat di setiap penjuru dan bahagian tengah setiap metal steel supaya base tidak melendut.

Roda sangkar

Jangan lupa pastikan ada pintu untuk masukkan kucing. Boleh lihat gambar di bawah. Ikat selak pintu tersebut menggunakan cable tight.

Engsel pintu

Untuk bahagian atas, gunakan metal steel seperti ini supaya kucing dapat merasai persis sebuah rumah yang berbumbung.

Sangkar kucing 4

Sesiku L digunakan untuk menampung struktur yang dibuat di dalam sangkar. Struktur akan menjadi lebih kuat walaupun lebih seekor kucing berada di situ.

Sangkar kucing 5

Bagi menjadikan sangkar kucing ini lebih selesa, boleh letakkan pelapik di dalam sangkar yang dibina. Boleh sahaja guna yang terpakai ataupun boleh dapatkannya di kedai Eco.

Sangkar Kucing 6

Sangkar Kucing 7

 

Beginilah rupa sangkar kucing yang sudah siap nanti. Boleh diletakkan di ruang luar rumah anda yang luas.

 

Cantik kan hasil kerja DIY sangkar kucing ini? Bukan sahaja boleh menjimatkan belanja tetapi merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan.

Bajet keseluruhan hanyalah dalam lingkungan RM200 sahaja. Semoga pengkongsian ini bermanfaat untuk anda.

kredit : Aisyah Zaila HjMT

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down