DIY Rak Bakul Dapur Khas Untuk Botol Simple Dan Cantik

4,573 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Anda ada rak, bakul dan juga cable tie yang lebih dirumah? Berasa bosan dirumah dan tidak tahu untuk buat apa-apa? Apa kata jom kita DIY rak bakul yang simple. Hanya 3 bahan sahaja diperlukan untuk membuatnya dan ianya sangat senang.

Menurut daripada perkongsian yang dikongsikan melalui platform Facebook oleh Abe Nik, beliau telah berkongsikan ilmu beliau di dalam grup tentang cara-cara DIY rak bakul yang simple dan cantik dengan mengatakan "Memandangkan ramai yang mintak tunjukkan cara2 untuk buat rak dari bakul. Di sini saya tunjukkan caranya langkah demi langkah. Moga berjaya ye semua".

Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan dan juga cara cara untuk membuatnya daripada awal sampai akhir.

DIY Rak Bakul Dapur Khas Untuk Botol Perasa Dengan Cara Yang Simple Dan Cantik

Bahan Yang Diperlukan

  • Hanger Besi
  • 2 Buah Bakul
  • Cable tie
Rak Bakul

Cara Untuk Membuatnya

Rak Bakul

Mula-mula, letak bakul atas permukaan rata pastu ikat di tengah bakul pada hanger guna cable tie.

Ikat kemas-kemas sehingga tidak bergoyang

Buat cara yang sama di belah satu lagi

Kemaskan ikatan

Untuk bahagian atas, ikat hanger pada tangkai bakul

Ikat lagi bagi kemas dan betulkn kedudukan bakul

Rak Bakul

Siappp!!!!! Anda boleh potong tie yang lebih itu supaya nampak kemas.

Rak Bakul

Inilah hasilnya. Simple, cantik dan nampak menarik bukan? Hehehe

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk artikel ini. Anda pasti boleh melakukannya dengan senang. Bahan yang diperlukan cuma 3 sahaja. Semoga berjaya semua.

Sumber : Abe Nik

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down