DIY Rak Letak Barang Dapur Guna Hanger, Memang Kreatif!

9,347 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa kata rak dapur mesti beli yang mahal je untuk nampak cantik. Ternyata, anda boleh DIY sendiri rak letak barangan dapur. Selain jimat masa, juga jimat bajet! Kepada anda yang tercari-cari rak letak barang dapur bolehlah cuba cara ni.

Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah daripada Abe Nik yang menggunakan tiga barang sahaja termasuk hanger untuk membuat rak letak barang di dapur beliau. Memang cantik sangat hasilnya. Jom kita ikuti.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Hanger (besi) -boleh klik di sini untuk beli online
  2.  2 bakul (boleh beli di Eco shop sahaja) --boleh klik di sini suntuk beli online
  3. Cable tie --boleh klik di sini untuk beli online

Cara-cara DIY:

  1. Letak bakul di atas permukaan yang rata, ikat pada bahagian tengah bakul pada hanger menggunakan cable tie.
  2.  Ikat kemas-kemas sehingga tidak bergoyang.
  3. Buat cara yang sama pada bahagian satu lagi. Kemaskan ikatan.
  4. Untuk bahagian atas pula, ikat hanger pada bahagian tangkai bakul. Lakukan cara yang sama pada bahagian satu lagi.
  5.  Ikat lagi cable tie agar kemas dan untuk memperbetul kedudukan bakul.
  6. Kemaskan ikatan. Potong cable tie yang berlebihan.

  7. Okay, boleh letak barangan dapur anda.

Memang sangat cantik kan rak letak barang dapur DIY ni. Barulah barang-barang dapur tak berselerak. Nak memasak pun tenang je.

Sekiranya artikel kali ini bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini!

Sumber: Abe Nik

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down