DIY Rak Remote Control Yang Diperbuat Daripada PVC

208 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Adakah anda kerap selalu hilang remote control dirumah ? Tidak kiralah samaada remote tv ker, remove aircond ker. Sekejap ada atas meja, sekejap hilang ‘ditelan’ sofa. Silap hari bulan, ada masanya boleh ‘terbang’ ke dapur ni kalau dibiarkan sebegini.

Bagi rumah yang ada anak kecil pula, kadangkala alat ini pun menjadi permainan mereka. Semuanya berpunca apabila tiada ruangan khas untuk meletakkan alat kawalan ini yang jauh daripada capaian anak-anak.

Encik Aidil Azhar berkongsi bagaimana cara digunakan oleh beliau untuk menghasilkan rak alat kawalan jauh. Apa yang menariknya, beliau menggunakan lebihan casing pendingin hawa sahaja untuk membuat rak remote control.

Cara Lakukan DIY Rak Remote Control Diperbuat Daripada PVC Agar Tidak Mudah Hilang

Remote mana bang ???

Ni la soalan yang biasa tiap2 hari. Semalam remote aircond GHAIB. Habis selongkar katil, bantal, bawah sofa, dalam laci. Semuanya ghaibb last2 gi kedai DIY beli baru.

Ok, soalannya macam mana nak elak hilang semula. Fikir2 ni la hasilnya iaitu sebuah tempat letak remote. Sekurang2nya remote ada tempat khas. Kalau hilang jugak, aku letak mangga terus

Langkah-Langkah Untuk Membuat DIY Remote Control Ini

1. Kumpul dan mula agak-agak jarak remote.

2. Congak jarak dan besar lubang yang akan ditebuk nanti.

Rak Remote Control

3. Ukur saiz setiap remote  control dan ambil saiz remote yang paling besar supaya yang lain semua muat.

4. Ukur dan guna sesiku L untuk buat garisan lurus bagi jarak dan lebar lubang remote.

5. Ukur tebal, jadi kalau tebuk lubang nanti takla besar sangat atau tak muat. Bila remote fit nampak kemas sikit.

6. Plotkan pada casing.

7. Siap lukis dan plot. Puas hati kita teruskan. “Measure twice, cut once.”

Rak Remote Control

8. Potong lebihan tepi. Guna la apa-apa peralatan yang korang ada. Janji putus.

9. Untuk lubang tengah aku cadangkan guna gerudi. Guna steel bit. Tebuk tepi supaya senang nak potong dengan pisau nanti.

DIY Rak Remote Control

10. Ini lepas potong dan kemaskan guna pisau. Perlukan steady hand, sama ada kau akan cedera atau tepotong bekas PVC. Jadi berhati-hati.

DIY Rak Remote Control

11. Kita buat cubaan atas darat. Kalau okey, kita teruskan.

DIY Rak Remote Control

12. Letak dinding aku guna double tape je. Mudah. Tidak perlu tebuk lubang. Kalau kamu tidak yakin, boleh tebuk.

13. Kalau anda perasan lekuk pada bibir PVC menghalang remote dari menggelongsor dari kedudukannya. Jadi insyallah tidak akanjatuh. Kecuali kau sesaja buat bijak tolak.

14. Inilah hasil DIY rak remote control yang boleh letak 4. Kalau andaada sepuluh remote, boleh tebuk ikut suka. Sebelum terlupa. Remote aku yang hilang baru jumpa tadi. Anak aku letak dalam lunch box kakak dia.

DIY Rak Remote Control

Semoga idea DIY rak remote control atau alat kawalan jauh ini dapat memberikan inspirasi kepada anda.

Kredit : Lidia Rahza

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2023 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down