Projek DIY Kabinet Dapur Guna Plywood Terpakai

7,908 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Nak membeli jiwa isteri sebenarnya tidaklah begitu sukar, selain dari memberikan hadiah yang mahal, menghadiahkan sebuah kabinet dapur yang dihasilkan secara DIY juga sudah cukup membuatkan isteri kita tersenyum sampai telinga.

Itulah yang dilakukan oleh suaminya ini yang bernama Mohd Arfian Ahmad bagi memastikan isterinya itu dapat memasak dalam keadaan yang selesa dan penuh semangat.

Penghasilan projek DIY kabinet dapur ini juga turut dibantu oleh anak lelakinya yang sangat ringan tulang. Jadi, jom kita lihat projek DIY yang dihasilkan ini.

Projek DIY Kabinet Dapur Guna Plywood Terpakai Untuk Isteri Tercinta

Guna plywood second je, boleh la dari tak ada. Kita buat cara kita.

Keadaan sebelum projek DIY dimulakan. Kabinet dapur itu beliau buat sendiri dan sekarang sudah ada orang nak beli.

Projek DIY Kabinet Dapur

Ruang cuma ada lebih kurang 4 kaki sahaja.

Ruang dapur sempit

Proses pembuatan kabinet ini dengan mengunakan kayu 1 x 2 inci, dengan plywood sekeping.

Rangka kabinet dapur

Untuk hasilkan kabinet bukannya mudah, ia perlu berfikir panjang bagaimana nak jimatkan penggunaan kayu.

Projek DIY Kabinet Dapur

Sebelum buat, biasa tengok dekat IG cara mudah dengan menggunakan tanggam.

Tanggam kayu gergaji

Proses diteruskan lagi.

Tanggam kayu gergaji

Frame asas kena kuat dan ketat.

Projek DIY Kabinet Dapur

Jangan lupa test jika nak tahu ianya kuat atau tidak.

Projek DIY Kabinet Dapur

Ukuran kena betul. Tetapi, perlu akur sebab masalah dinding tak rata.

Projek DIY Kabinet Dapur

Faktor ketinggian juga perlu diambil kira, size dapur dan ketinggian isteri.

Projek DIY Kabinet Dapur

Untuk timbang air ini, beli dekat kedai ECO sahaja.

Projek DIY Kabinet Dapur

Kerangka sudah siap dipasang.

Projek DIY Kabinet Dapur

Kabinet ini hanya guna plywood second 12 mm. Bahagian tepi buat rak simpan stok bahan mentah.

Projek DIY Kabinet Dapur

Selagi boleh jimat plywood, pakai bahagian yang mana perlu sahaja.

Projek DIY Kabinet Dapur

Kerja-kerja menyapu cat clear dilakukan oleh anak lelakinya.

Projek DIY Kabinet Dapur

Langkah seterusnya, balut zink aluminium. Zink aloi ini akan dipasang pada bahagian atas dapur. Tetapi, tersembunyi, boleh keluarkan untuk dicuci.

Projek DIY Kabinet Dapur

Hasilnya sudah nampak sedikit.

Projek DIY Kabinet Dapur

Pada waktu malam, beliau hanya buat kerja-kerja ringan dan mengemas sahaja.

Projek DIY Kabinet Dapur

Bahagian zink itu boleh tarik keluar dan cuci kesan minyak kalau sudah banyak.

Projek DIY Kabinet Dapur

Tampal aluminium pada keliling.

Projek DIY Kabinet Dapur

Ini rak bahagian atas, boleh simpan bekas besar atau periuk belanga.

Projek DIY Kabinet Dapur

Ruang bawah boleh masuk 2 tong gas dan satu tong simpan beras.

Projek DIY Kabinet Dapur

Projek seterusnya pula adalah buat pintu sliding.

Projek DIY Kabinet Dapur

Ini merupakan cara paling jimat.

Projek DIY Kabinet Dapur

Kabinet tersebut mula dicat dengan warna putih.

Projek DIY Kabinet Dapur

Hasil 70% hampir siap.

Projek DIY Kabinet Dapur

Pintu bawah sudah siap. Roller untuk roda itu guna casing wiring sahaja. Beliau hanya pakai apa yang ada.

Projek DIY Kabinet Dapur

Disebabkan ruang tidak begitu besar, jadi perlulah bijak dalam menggunakan ruang.

Projek DIY Kabinet Dapur

Rak simpan stok bahan mentah.

Projek DIY Kabinet Dapur

Kita cuba letak barangan di dalam ini.

Projek DIY Kabinet Dapur

Projek ini dihentikan seketika kerana ensel habis pula.

Projek DIY Kabinet Dapur

Setelah ensel dibeli. Beliau meminta tolong anaknya untuk pegang pintu.

Projek DIY Kabinet Dapur

Maka siaplah kabinet dapur untuk isteri tercinta.

Projek DIY Kabinet Dapur

Barulah isteri bertambah rajin untuk memasak selepas ini.

Projek DIY Kabinet Dapur

Sayang bini la katakan, beliau memilih untuk lakukan make-up setakat yang mampu.

Projek DIY Kabinet Dapur

Pintu tak perlu pasang pemegang dah, beliau buat dengan cara lebih senang untuk buka pintu rak tersebut.

Projek DIY Kabinet Dapur

Pada pintu sliding pun tak perlu pasang, beliau hanya sekadar buat lubang sudah memadai. Tetapi, kalau singgah Eco mungkin beli juga. Katanya.

Projek DIY Kabinet Dapur

Sangat menarik perkongsian projek DIY pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca diluar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down