Setiap perumahan di Malaysia ini memang tidak sah kan kalau tiada langsir. Langsir merupakan salah satu elemen yang penting dalam mendekorasi sesuatu rumah. Langsir yang sesuai boleh menjadikan persekitaran ruang tamu dirumah anda nampak cantik, luas dan elegan.
Menurut daripada pengguna facebook yang bernama Cik Amy WD, beliau telah berkongsikan cara untuk DIY rod langsir eyelet. Bahan-bahan juga beliau telah senaraikan untuk membuat DIY ini dan juga hasil akhir DIY rod tersebut. Jom kita tengok perkongsian beliau.
PKPB Selangor. Suami di Banting. Sorang2 kat umah. Maka tergantunglah langsir yang dah lama beli ni. DIY sendiri je jimat.
JENIS-JENIS CORAK LANGSIR
Berikut merupakan jenis-jenis corak langsir selain daripada eyelet. Kalau langsir eyelet ini, ia mempunyai cincin yang besar diantara kain tersebut berbanding corak box pleat dimana cincin tersebut berada diluar.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
PVC pipe ni suami suruh kedai potong siap2. So korang mesti ukur la dulu ye lebar tingkap dan pintu korang. Sekaki RM1. Dapatlah 28kaki untuk semua tingkap dan pintu bilik.
CARA DIY ROD LANGSIR EYELET
Pastikan korang drill lubang L bracket tu kemas2. Kalau taknak tercabut la kan
Korang beli la cable tie sekali. Untuk lock atas skru tu nanti macam gambar dibawah ini.
Finally siap. Ni ruang tamu depan .
Macam mana dengan perkongsian DIY langsir pvc rod eyelet ini? Cantikkan? Ianya sangat mudah untuk dibuat dan bahan-bahan juga senang untuk didapat.
Yang penting diy ini hanya makan bajet RM50 sahaja. Diharap artikel ini dapat memberikan inspirasi buat anda. Semoga bermanfaat untuk anda.
Sumber : Cik Amy WD