Rumah pusaka merupakan rumah yang penuh dengan kenangan dimana tempat kita membesar dan bermain suatu ketika dahulu. Sayang jika rumah yang penuh dengan kenangan manis bersama keluarga itu dibiarkan terbiar.
Disebabkan tidak mahu membiarkan rumah tersebut terus kekal sebegitu, pemilik rumah itu yang bernama Norpadilah Binti Afandi telah melakukan ubahsuai rumah pusaka tersebut secara DIY kepada konsep Boho Kampung House.
Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar transformasi yang dilakukan oleh pemilik rumah ini.
Rumah buruk, impian melangit.
Rumah pusaka, asalnya separa batu dan separa kayu. Rumah kelahiran saya. Berpuluh tahun usianya. Mula reput dimakan anai-anai.
10 tahun lepas, beliau dikurniakan sedikit rezeki untuk baik pulih dinding yang mulai mereput. Kemudian, rumah ini dapat naikkan dinding batu. Tetapi, bajet yang ada tidak memberi ruang untuk menukarkan design dan rupa bentuk rumah asal. Cukup sekadar selesa dengan dinding yang baru.
Dari situ, Beliau mula memasang impian dan mula belajar untuk hasilkan DIY menggunakan sepenuhnya kayu dan papan terpakai serta bahan buangan yang sudah tidak bernilai dimata orang lain. Beransur-ansur biarpun menelan masa bertahun, melakar dan merealisasikan kampung house ini.
Keadaan dinding dengan hiasan frame pada dinding dan dihiasi dengan bunga gantung serta mesin jahit klasik sebagai hiasan.
Hiasan pada dinding dengan tagline "Kampung House" sebagai nama rasmi rumah ini.
Dekorasi pada bahagian tingkap rumah dengan menggunakan langsir putih.
Dekorasi yang dilakukan pada bahagian dapur sinki rumah.
Keadaan dapur setelah selesai diubahsuai dengan konsep dan gaya baru.
Bunga hiasan sebagai penyeri rumah.
Dekorasi pada dinding dari sudut pandangan lain.
Keadaan ruang dapur dari sudut pandangan sisi setelah diubahsuai dengan gaya baru.
Dekorasi bunga tepi tingkap.
 Dekorasi bunga gantung pada tingkap lama.
 Susunan barangan lama pada sudut rumah.
Dekorasi kerusi tepi tingkap.
Cermin pada ruang tamu.
Frame gambar keluarga.
Ruang makan setelah diubahsuai.
Ruang tamu.
Almari kabinet lama.
Dekorasi dinding pada ruang dapur rumah.
 Keadaan susunan periuk di dapur.
Meja makan setelah diubahsuai.
Gambar penuh dekorasi dapur.
Tempat pinggan mangkuk.
Dapur pada waktu malam.
Pinggan dan mangkuk tersusun rapi.
Cantik jenis dekorasi yang dihasilkan ini.
Susunan cawan.
Sudut lain dapur.
Susunan cerek air.
Susunan senduk dan cawan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada kesemua pembaca diluar sana.