DIY Sampul Duit Raya Sendiri Bercorakkan Kain Batik

547 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah terfikir tak kalau anda nak lakukan sebuah DIY sampul duit raya sendiri yang merupakan hasil daripada idea anda? Kalau pernah terfikir, jadi anda sama macam syifa sukir ini. Beliau telah berkongsikan bagaimana untuk melakukan sebuah DIY sampur raya dengan modal yang murah dan bajet namun pada masa sama kelihatan sangat premium.

Menurut beliau lagi, hasil diy tersebut beliau mampu membuat sebanyak 20 keping sampul raya tersebut. Jadi, jika anda ingin melakukan diy sampul raya ini boleh ikuti perkongsian daripada Syifa Sukir ini. Senang dan cepat untuk melakukan sendiri dirumah.

DIY Sampul Duit Raya Kelihatan Premium Bercorakkan Kain Batik Yang Cantik

Nak kongsikan sebuah DIY sampul duit raya yang kelihatan premium bercorakkan kain batik yang cantik dan menarik. Macam nak buat kelainan sedikit untuk raya tahun ni maka terhasillah DIY membuat sampul duit raya ini.

Saiz kecil untuk rm1 lipat 2 jadi akan jimat sedikit. Satu helai dapat 20 pcs sampul duit

Cara-Cara Untuk Melakukan DIY Sampul Raya Yang Kelihatan Premium

Sebelum melakukan apa-apa lipatan pada sampul raya ini, pastikan anda mengikut ukuran sampul raya ini yang dilakukan ini.

DIY Sampul Duit Raya

Untuk bilangan sampul raya ini, syifa melakukan sebanyak 20 keping dengan melakukan cara sebegini.

Untuk melakukan apa jua lipatan sampul ini pastikan sediakan bahan yang secukupnya antaranya ialah gunting, gam, pembaris dan juga pensel.

DIY Sampul Duit Raya

Untuk bahagian dalaman ini, lukiskan dahulu corak sebegini agar senang untuk lekatkan kain batik pada bahagian tersebut.

Lakukan proses lipatan corak kain batik macam gambar dibawah ini.

Seterusnya, ambil gam stik dan sapukan gam pada permukaan yang ditanda tersebut.

DIY Sampul Duit Raya

Selepas gamkan pada bahagian tersebut, ambil bahagian corak batik khas untuk bahagian depan dan tampalkan pada bahagian tersebut. Pastikan anda tekan dengan kuat agar gam tersebut betul-betul melekat.

Testimoni dulu letakkan wang harga rm1. Tengok hasil ni pun nampak dah menjadi dan gam pun lekat dengan kuat.

DIY Sampul Duit Raya

Alhamdulillah, inilah dia hasil akhir diy sampul duit raya yang dilakukan ini. Simple-simple sahaja namun yang penting ianya kelihatan lain daripada yang lain.

Untuk duit RM50 juga boleh dimasukkan kedalam sampul diy ini.

DIY Sampul Duit Raya

Kredit : Syifa Sukir

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down