DIY Shiplap Wall Tema Biru, Memang Cantik!

2,859 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Shiplap sememangnya tidak asing lagi buat peminat dekorasi rumah. Shiplap wall bukan sahaja nampak cantik, tetapi juga nampak mewah. Kebiasaanya, anda akan mengupah tukang rumah untuk membuat shiplap di kediaman anda. Tapi sebenarnya shiplap wall ni boleh diy sendiri je di rumah.

Kali ini, Giler Deco akan berkongsi sebuah posting daripada laman Facebook Mohd Mahyeddin Mohd Salleh. Beliau diy sendiri dinding shiplap di kediamannya. Lebih menarik lagi, tema warnanya adalah biru. Memang sangat cantik dan tenang sahaja mata memandang.

Selepas ini bolehlah anda bertukang sendiri di rumah. Hasilnya memang sama cantik seperti yang ditempah di kedai. Jom kita ikuti perkongsian yang menarik ini.

Pelan pelan kayuh akhirnya siaplah juga Shiplap rumah kami. Tq ahli2 group, dapat banyak idea juga di sini. Saya kongsikan juga bajet utk shiplap keluasan 8×10 kaki ini.

Barang-barang yang digunakan:

Papan shiplap 40pcs (6mm×4kaki) RM173.94
Wainscoting flat ABS 5pcs (RM100)
Mitre box saw. (RM26.77)
Xbond adhesive 5pcs RM48.7
Gap filler 2pcs RM11
Berus n cat undercoat putih RM36.7
Cat Jotun Majestic 'Sea Emerald 6084' 1 liter RM60
Total: RM517.11

Keadaan dinding kosong sebelum proses shiplap

Proses menampal papan shiplap

Papan shiplap sebelah kiri siap dipasang

Proses memasang papan shiplap sebelah kanan

Mengecat undercoat putih

Mengecat papan shiplap yang telah dilapis dengan undercoat menggunakan warna biru laut

Proses mengecat telah siap. Untuk mecantikkan lagi dinding shiplap., boleh membuat bingkai wainscoting.

Ini hasil akhir setelah didekorasi dengan perhiasan dinding.

Memang cantik sangat hasil tangan beliau kan. Semoga perkongsian Giler Deco kali ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down