Projek Shiplap Wall MDF Board Bertemakan "Elegant Black"

829 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Adakah anda mempunyai keinginan untuk mengubah dinding di rumah menjadi dinding lebih kelihatan cantik namun tiada idea untuk melakukannya? Anda boleh pertimbangkan untuk melakukan sebuah projek shilap wall ini secara DIY dirumah anda.

Seperti yang dikongsikan dan dilakukan oleh Tkah Ridzuan ini, beliau berkongsikan bagaimana cara untuk melakukan sebuah DIY shiplap wall dengan betul. Hasil diy tersebut ternyata telah menaikkan lagi seri dinding dirumah mereka.

Tkah Ridzuan bukan berkongsi cara sahaja namun untuk setiap bahan untuk membuat diy tersebut juga beliau ada kongsikan. Jom kita tengok apa bahan yang diperlukan dan bagaimana projek shiplap wall ini dilakukan.

Pasangan Ini Melakukan Projek Shiplap Wall MDF Board Bertemakan "Elegant Black"

Shiplap wall

*************

Alhamdulillah akhirnya siap juga shiplap kami. Sebenarnya ada beberapa design yang saya nak buat, tapi tengok shiplap ni paling mudah. Beli mdf board, lekatkan guna gam then cat je. Ringkas dan untuk buat shiplap ni perlukan bantuan suami/isteri untuk lekatkan mdf board dekat dinding dan buat jarak antara kayu atas dan bawah (gunakan duit syiling 50 sen - 2 keping). Saya beli mdf board ni dekat shopee je, dah siap potong

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Projek Shiplap Wall

Cara Untuk Membuat Projek Shiplap Wall Di Rumah

Inilah dia dinding rumah kami asalnya apabila projek diy shiplap kami ini masih belum dimulakan.

Projek Shiplap Wall

Setelah dah beli MDF Board di Shopee, barulah boleh memulakan projek ini. Untuk setiap jarak board tersebut gunakan duit syilling 50 sen baru nampak cantik.

Projek Shiplap Wall

Tada!! Inilah hasilnya selepas meletakkan MDF board pada dinding rumah tersebut. Lekatkan board tersebut menggunakan gam X-Bond.

Sebelum memulakan cat warna hitam, pastikan terlebih dahulu catkan warna putih ataupun dipanggil undercoat untuk memutup kesan ketidaksempurnaan pada board tersebut.

Seterusnya barulah boleh beralih kepada catkan warna hitam kegemaran. Sebab guna warna hitam ini adalah untuk nampakkan dinding ini bertemakan "Elegant Black"

Inilah dia hasil akhir projek shiplap wall yang dilakukan oleh pasangan suami ister ini. Macam mana dengan hasil tersebut? Mestinya rasa macam nak jer buat DIY shiplap wall sebegini dirumah kan?

Projek Shiplap Wall

Kredit : Tkah Ridzuan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down