DIY Storage Bench Bermodalkan Harga RM248 Untuk Meja Makan

124 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ada impian nakkan sebuah bench yang cantik, simple dan mudah untuk digunakan? Tambahan pula kalau bench tu ada function boleh muatkan barang lagilah korang nakkan? Boleh jer DIY storage bench yang simple macam dilakukan dan dikongsikan oleh sis Siti Nor Mohamed ini.

Beliau melakukan DIY ini mengikut kreativiti sendiri. Memang beliau dah lama dah mengidam sebuah storage bench macam ni. Daripada beli kat luar dengan harga yang mahal lebih baik diy sahaja. Disamping itu juga, beliau juga berkongsikan bagaimana cara nak buat DIY ini daripada awal sampai akhir melalui akaun youtube beliau.

Jom kita tengok hasil diy storage bench ini. Mana tau korang juga boleh ambik ilham dan buat sendiri kat rumah.

DIY Storage Bench Bermodalkan Harga RM248 Untuk Diletakkan Pada Meja Makan

DIY Storage Bench Utk Meja Makan

Fefeling Makan Kat Restoran Fast Food. Dah lama mengidam nak ada tempat makan macam ni kat rumah. Tapi belum sampai seru nak buat.

So, memandangkan nanti nak raya, Mokcik usahakan jugak la buat sebelum Ramadhan ritu. Posa2 tak larat la nak bertukang. Kang nak masak lagi, mana sempat. Kang orang kat rumah ni berbuka makan abuk kayu pulak

Cara Untuk Melakukan DIY Storage Bench Meja Makan

Saya wasap org kilang plywood tu suh dia potong ikut macam dalam gambar ni. Saya suruh kilang potong siap2 ni sebab saya nak kurangkan aktiviti potong plywood kat depan rumah.

Inilah plywood yg dah siap dipotong dan dihantar oleh kilang.
Sangat tepat potongan dia. Rubberwood belakang tu lebihan buat ALMEJA dulu.

DIY Storage Bench

Ini hasil potongan rangka bench tu. Ada 5 keping untuk setiap satu bench. Penutup dia belum potong masa ni.

Ini lah rupa dia bila dibukak. Kayu penutup tu agak berat, lebih kurang 10kg. So, tak boleh ikut instruction cara pasang yang diberikan. Kena pasang gas spring tu lebih menegak. Baru la dia lebih ringan dan lebih lembut bila diturunkan.

DIY Storage Bench

Mmg tak nak buat yang berkusyen. Sebab rumah ni ada majikan yang suka creett sana sini.

Boleh dah ni nak duduk sini santai2 sambil makan. Hehehe.

DIY Storage Bench

Sudikanlah menonton dan tengok camana Mokcik buat storage bench ni :- https://youtu.be/z5poae88GnU

DIY Storage Bench

Cara pasang bench ni mudah sangat. Macam buat kotak jek. Dalam tu boleh la simpan macam2. Satu bench tu Mokcik simpan kerusi makan yang boleh lipat tu. Satu lagi tu masih kosong. Taktau lagi nak letak apa. Nak menyorok dalam tu pon boleh gak.

Kredit : Siti Nor Mohamed

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down