Para-para ibu semua pasti menginginkan diy troli serbaguna ini untuk kegunaan di dapur kan? Dengan adanya troli ini, tugas para ibu didapur pasti akan bertambah ringan tambah-tambah lagi apabila ingin memasak.
Troli ini dihasilkan untuk diletakkan di dapur untuk simpan bahan-bahan masakan. Barang semua boleh dapatkan di kedai eco dan kos untuk troli ni lebih kurang Rm15 sahaja tau. Nak buat lebih dan bagi pada kenalan pun boleh!
Melihat kepada perkongsian daripada marina kraf ini, beliau telah berkongsikan tentang cara-cara dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan troli ini. Jom kita tengok cara-cara yang betul membuat troli serbaguna untuk kegunaan ibu di dapur yang dikongsikan oleh beliau.
Troli ni sesuai letak kat dapur, letak kicap, sos, garam, gula, bawang pun boleh. Ok jom kita mula. Selamat mencuba.
1. Kita guna bakul jenis ni sebab saiz dia bersesuaian. Kalau beli 1pc bakul cuma dapat 2 batang tiang sahaja. Jadi untuk projek kali ni kita buat 4 tingkat, kalau ikutkan kena beli 6pcs bakul ni. Tapi kita beli 4pcs bakul je. Jadi tiang nanti pasti tak cukup. So kita diy kan dia dan caranya boleh tengok gambar seterusnya nanti.
2. Kita beli 4pcs sbb nk buat 4 tingkat. Tiang cuma dapat 8pcs sahaja.
3. Kita guna paip pvc untuk buat tiang yang tak cukup tu. Dan kita buat tapak untuk roda sekali.
4. Paip pvc tu kita guna yang 15mm class D. Sebab paip ni nipis senang nak buat tiang nanti.
5. Roda 4pcs, beli kedai eco. Kalau tak nak letak roda pun okay.
Step 1
Guna elbow joint 4pcs sambung kan dgn paip yg 6 inci dan 14 inci .
Step 2
Tebuk lubang untuk ikat roda nanti.
Step 3
Pasang roda. Kita guna bolt m6
Step 4
Letak bakul yg pertama dan ikat dgn cable tie kiri dan kanan bakul
Step 5
Letak tiang yang di beri sekali masa beli bakul ni
Step 6
Letak bakul ke-2, untuk tingkat yang kedua.
Step 7
Ok yg ini kita guna paip pvc untuk tiang bakul yg ke-3.korang boleh potong ikut tinggi mana korg nak. Kita buat tinggi sikit untuk tingkat ni sebab nanti boleh letak botol-botol kicap atau sos.
Ni untuk letak bakul tingkat ke-3. Selepas pasang tiang pvc tadi. Problem kat sini ialah lubang paip tu kecil. So korg kena asah sikit kaki kat bakul tu. Tengok gambar seterusnya.
Kita asah yg timbul-timbul tu. Tapi kalau malas nak asah, boleh panaskan sikit paip pvc tu. Lepastu masuk kat kaki bakul tu.
Step 8
Letak bakul ke-3 dan letak tiang utk bakul ke-4 nanti.
Step 9
Letak bakul ke-4 terakhir
Step 10
Letak penutup atas benda ni dapat masa beli bakul tu.
Ok siap. Warna dia dengan paip pvc tu lebih kurang sama. Jadi tak payah susah susah nak cat.
Selamat mencuba kepada sesiapa yang ingin membuat diy troli serbaguna ini dirumah.
Sumber : Maria Ariana