Bahagian dinding, jika dibiarkan kosong tanpa sebarang hiasan dan dekorasi, sudah pasti ianya akan kelihatan kurang menarik. Jadi, bagi menambah seri pada bahagian tersebut. Apa kata, lakukan pemasangan accent wall.
Perkara tersebut telah dilakukan Suhaida Shuhed, beliau telah menghasilkan projek DIY dengan menukarkan ruang momento rumahnya kepada konsep dinding accent.
Jadi, jom kita lihat projek pemasangan yang dilakukan ini.
Kali ini just nak upgrade momento wall dengan accent wall. Sebenarnya sayang jugak nak buang momento tu sebab tu upgrade macam ni je.
Kira boleh la kan? Tentang corak tu pula, kami ubahsuai sikit supaya memenuhi identiti yang dikehendaki.
Projek kali ini buat kombinasi 3 jenis kayu:
Sebelum aktiviti pemasangan accent wall ini dilakukan, beliau melakar terlebih dahulu di atas kertas.
Inilah dinding momento yang akan diubahsuai dengan konsep baru.
Dinding dikongskan terlebih dahulu.
Kayu accent gold mula dipasang pada dinding itu.
Proses pemasangan diteruskan lagi.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea kepada pembaca di luar sana yang ingin menghasilkan dekorasi dinding seperti ini.
Semoga bermanfaat.