Ubahsuai Dapur Jenis Memanjang Kepada Konsep Black Rustic Kitchen

2,882 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Isteri mana yang tidak gembira apabila permintaannya ditunaikan oleh suami tercinta. Itu yang dapat digambarkan oleh isteri kepada lelaki ini yang bernama Shafiq Zahari apabila permintaan untuk memiliki dapur dengan konsep baru yang lebih moden menjadi kenyataan.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco dapur yang dihasilkan oleh suaminya itu.

Ubahsuai Dapur Jenis Memanjang Untuk Isteri Tercinta

Permintaan isteri nak tema black ala-ala rustic kitchen, kita cuba tunaikan.

Keadaan bahagian dapur pada awal proses ubahsuai dilakukan. Dapur tidaklah begitu luas, jadi, untuk deco dapur seperti ini, memang memerlukan kreativiti yang tersendiri.

Ubahsuai Dapur Jenis Memanjang

Proses membangunkan table top dapur dilakukan.

Bahagian tempat pengaliran udara dihasilkan dengan konsep ala rumah barat.

Ubahsuai Dapur Jenis Memanjang

Proses seterusnya pula adalah pemasangan kabinet gantung. Cara terbaik bagi memastikan dapur ruang terhad seperti ini dapat memuatkan barangan yang banyak adalah dengan cara pemasangan kabinet gantung.

Ubahsuai Dapur Jenis Memanjang

Proses pemasangan kabinet gantung sudah hampir siap dilakukan. Hanya tinggal beberapa pemasangan skru sahaja.

Ubahsuai Dapur Jenis Memanjang

Pada bahagian tingkap pula dipasang bidai.

Ubahsuai Dapur Jenis Memanjang

Tingkap apabila ditutupi dengan bidai. Warna yang sesuai untuk dapur seperti ini adalah warna gelap seperti warna hitam.

ubahsuai dapur jenis memanjang

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi idea kepada pembaca di luar sana dalam cuba untuk deco dapur rumah masing-masing.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down