Penghasilan Dinding Wainscoting Pada Ruang Tamu

9,189 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penghasilan wainscoting mengikut gaya dan kreativiti tersendiri sering dilakukan oleh pemilik rumah pada ketika ini. Hal ini kerana, apabila melakukannya dengan sendiri, ia lebih menjimatkan kos serta dekorasi dan corak yang dihasilkan akan membuatkan kita lebih berpuas hati.

Itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Megat Sarulrizal Abd Latiff. Beliau telah berkongsi penghasilan dinding wainscoting pada ruang tamu yang cukup kreatif.

Jadi, jom sama-sama kita saksikan perkongsian dengan lebih lanjut di bawah ini.

Penghasilan Dinding Wainscoting Pada Ruang Tamu

Duduk tak tahu nak buat apa jadi cuba la buat wainscoting.

Untuk melakukan wainscoting mengikut cara dan gaya tersendiri, perkara yang paling utama adalah dengan melakar terlebih dahulu design yang ingin dihasilkan itu.

Dinding Wainscoting

Selepas selesai melakar design, langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah dengan membeli kayu, kemudian, potong hujungnya dengan skala 45 darjah.

Kayu tersebut dibeli dari kedai kayu yang menjual kayu pallet/pine harga dalam RM9-15. Kalau mahu beli secara online pun boleh. Dekat Shopee ada jual.

Dinding Wainscoting

Proses-proses mengecat kayu wainscoting ini juga dilakukan sendiri.

Dinding Wainscoting

Proses setting out dilekatkan dengan masking tape untuk tetapkan layout pada dinding tersebut.

Dinding Wainscoting

Proses setting out selesai pada bahagian atas, tinggal bahagian bawah sahaja lagi. Cermin yang digunakan dibeli dari nilai 3, Selangor.

Dinding Wainscoting

Apabila sudah tetapkan dengan baik, barulah lekatkan dengan gam. Gam yang digunakan adalah Xbond.

Pro Tips

Letakkan gam pada bahagian tengah kayu dengan nipis secukup rasa bagi mengelakkan gam terkeluar  dan meleleh tepi kayu tersebut.

Ini adalah semasa proses untuk dapatkan center frame dekat bawah itu.

Dinding Wainscoting

Pasang di tengah-tengah kiri dan kanan. Bahagian hujung center tengah itu, ukur panjang dinding ambik titik tengah dan ambik titik tengah frame.

Dinding Wainscoting

Ini pula adalah proses level, kena pakai timbang air kalau ada leser lagi mudah.

Dinding Wainscoting

Kerja-kerja menyukat diteruskan lagi.

Dinding Wainscoting

Akhirnya siap. Inilah hasil wainscoting yang dilakukan secara DIY.

Dinding Wainscoting

Proses ini dilakukan dalam lingkungan 4 hari kerana pada waktu pagi beliau work from home, malam baru buat.

Dinding Wainscoting
Dinding Wainscoting
Dinding Wainscoting

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down