Inginkan sebuah DIY wainscoting yang mudah, murah dan yang terbaik? Anda boleh merujuk perkongsian daripada Kak Mar ini. Beliau telah kongsikan proses dan langkah untuk lakukan wainscoting hasil yang dilakukan oleh suaminya itu.
Wainscoting ini dibuat untuk menggantikan dinding lama yang terdedah dengan air hujan. Daripada tukar menjadi dinding kosong, lebih baik buat wainscoting terus sebab dah alang-alang buat. Jom ikuti proses dan bagaimana wainscoting ini dilakukan.
Bila dinding lembab disebabkan terdedah kena air hujan (gutter rosak). Kesannya jadi sebegini. So kami decide tukar konsep dalam rumah. Jadi, diy wainscotting merupakan jalan terbaik.
Alhamdulillah, selesai walaupon tersangat penat. Gutter bumbung pon dah baiki. Insyallah tak ade la dinding terdedah dengan kelembapan lagi.
Proses Melakukan Wainscoting Yang Mudah Ini
Inilah sedikit mengenai keadaan dinding rumahnya yang menjadi begini akibat terkena dengan kelembapan air hujan. Dinding menjadi berkulat dan kelihatan tidak cantik.
Proses membuang kesan-kesan dinding yang terdedah dengan air hujan ini. Encik suami sangat rajin untuk membuatnya.
Selepas selesai sahaja membuang sisa tersebut, terus encik suami melakukan wainscoting yang diidamkan ini. Mulakan dengan cat undercoat dan meletakkan kayu wainscoting.
Selesai sahaja proses tersebut, catkan pula dengan warna putih sebab si isteri suka dengan warna putih.
Wainscoting pada bahagian ruang masuk.
Hasil Akhir DIY Wainscoting Mudah Yang Dilakukan
Alhamdulillah, siap juga wainscoting yang dilakukan ini. Baru nampak cantik dan kelihatan elegan bagi keseluruhan rumah ini.
Sangat cantik dan kemas! Pandai betul suaminya DIY wainscoting tersebut. Lagi jimat dan berbaloi. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Kredit : Kak Mar