DIY Wainscoting Mudah Selepas Dinding Terdedah Air Hujan

4,575 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Inginkan sebuah DIY wainscoting yang mudah, murah dan yang terbaik? Anda boleh merujuk perkongsian daripada Kak Mar ini. Beliau telah kongsikan proses dan langkah untuk lakukan wainscoting hasil yang dilakukan oleh suaminya itu.

Wainscoting ini dibuat untuk menggantikan dinding lama yang terdedah dengan air hujan. Daripada tukar menjadi dinding kosong, lebih baik buat wainscoting terus sebab dah alang-alang buat. Jom ikuti proses dan bagaimana wainscoting ini dilakukan.

DIY Wainscoting Mudah Selepas Dinding Lama Terdedah Dengan Air Hujan

Bila dinding lembab disebabkan terdedah kena air hujan (gutter rosak). Kesannya jadi sebegini. So kami decide tukar konsep dalam rumah. Jadi, diy wainscotting merupakan jalan terbaik.

Alhamdulillah, selesai walaupon tersangat penat. Gutter bumbung pon dah baiki. Insyallah tak ade la dinding terdedah dengan kelembapan lagi.

Proses Melakukan Wainscoting Yang Mudah Ini

Inilah sedikit mengenai keadaan dinding rumahnya yang menjadi begini akibat terkena dengan kelembapan air hujan. Dinding menjadi berkulat dan kelihatan tidak cantik.

DIY Wainscoting Mudah

Proses membuang kesan-kesan dinding yang terdedah dengan air hujan ini. Encik suami sangat rajin untuk membuatnya.

DIY Wainscoting Mudah

Selepas selesai sahaja membuang sisa tersebut, terus encik suami melakukan wainscoting yang diidamkan ini. Mulakan dengan cat undercoat dan meletakkan kayu wainscoting.

DIY Wainscoting Mudah

Selesai sahaja proses tersebut, catkan pula dengan warna putih sebab si isteri suka dengan warna putih.

Wainscoting pada bahagian ruang masuk.

Hasil Akhir DIY Wainscoting Mudah Yang Dilakukan

Alhamdulillah, siap juga wainscoting yang dilakukan ini. Baru nampak cantik dan kelihatan elegan bagi keseluruhan rumah ini.

DIY Wainscoting Mudah
DIY Wainscoting Mudah

Sangat cantik dan kemas! Pandai betul suaminya DIY wainscoting tersebut. Lagi jimat dan berbaloi. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Kredit : Kak Mar

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down