Memiliki dapur yang luas dan selesa memang menjadi impian setiap pemilik rumah. Namun, jika dapur rumah ruangnya agak terhad, sudah pasti kita akan rasa kurang selesa dan padat.
Jadi, bagi mengatasi masalah tersebut, cara terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan ubahsuai dapur itu dengan cara extend.
Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Azuera Ahmad. Beliau telah mengambil keputusan untuk mengubahsuai dengan cara extend ruang dapur berkonsepkan Ala English.
Jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Bila ada tanah lebih mula la nak buat penambahan ruangan dapur bagi luas sikit.
Konon nak buat ala-ala inggeris tapi bajet ciput. Maka terjadi la ruangan dapur yang tak seberapa ni.
Jadi la habuan tempat lepak makan-makan dengan family.
Gambar semasa proses extend dapur mula dilakukan bagi memperluaskan lagi kawasan dapur rumahnya.
Projek makeover dapur ini sudah hampir siap dilakukan. Proses pemasangan atap sedang dilakukan.
Bahagian dapur yang di extend itu telah siap dibina dan kini proses extend pada bahagian depan rumah pula dilakukan.
Keadaan kawasan rumah dan pandangan rumah dari sisi tepi jalan.
Ini adalah keadaan hadapan rumah setelah selesai melakukan penambahan pada bahagian depan tersebut.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba untuk memperbesarkan bahagian dapur rumah. Semoga bermanfaat.