Transformasi Kabinet Dapur Sebelum Dan Selepas

8,285 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dapur merupakan salah satu ruang terpenting didalam sesebuah rumah. Sebagai ruang yang penting, dapur yang tidak teratur boleh mengecewakan semua orang di dalam rumah.

Yeke? Ya, fungsi utama dapur kan untuk memasak hidangan buat seisi keluarga. Bila dapur tak bersih dan bersepah, auto tak ada mood nak masak. Bila masak pun, pasti kualiti makanan tu rendah. Lepastu sakit perut, cirit-birit dan sebagainya.

Disebakan itulah kebersihan dan kekemasan dapur sangat penting buat seisi keluarga. Kebiasaannya orang ramai menggunakan rak atau kabinet untuk memastikan keadaan dapur mereka sentiasa rapi dan sedap mata memandang.

Jom ikuti perkongsian dari Mr Razif menerusi akaun media sosial tik tok mengenai transformasi kabinet dapur yang dilakukannya sebagai hadiah buat ayah tercinta.

Transformasi Kabinet Dapur Baru Sebagai Hadiah Kepada Ayah

Keadaan Dapur Sebelum Transformasi Siap Dilakukan

Barang dapur banyak sangat sampai sakit mata tengok. Jadi cara nak rawat kita buat kabinet dapur. Baru dapur kemas dan cantik.

transformasi kabinet dapur
transformasi kabinet dapur

Hasil Akhir Selepas Selesai Transform Kabinet Dapur

Done! Akhirnya siap juga kabinet dapur ni. Kabinet ni merupakan hadiah kepada ayah. Semoga dengan adanya kabinet ni keadaan dapur akan lebih kemas dan tersusun selalu.

DIY kabinet je. Tapi ruang dapur nampak lagi mewah dan cantik.

transformasi kabinet dapur

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai transformasi kabinet dapur. Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi buat anda bagi memastikan ruang dapur sentiasa bersih dan kemas.

Sumber : @mrrazif (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down