Tinggal di rumah yang memiliki keluasan yang cukup terhad, itu tidak sesekali menjadi penghalang buat kita untuk mencantikkannya bagi memberi keselesaan dan kebahagiaan buat keluarga kecil kita. Walaupun konsep deko yang ubahsuai itu bersederhana sahaja, namun sudah cukup untuk membahagian keluarga kita.
 Perkara tersebut telah dibuktikan sendiri oleh lelaki ini yang bernama Fazli Eila. Bagi menjadikan rumah kecil miliknya lebih luas, beliau telah melakukan extend rumah kampung tersebut dengan cara bajet menggunakan kayu shera plank dan partition board sahaja.
Jadi, jom sama-sama kita lihat deco rumah kecil yang dihasilkan ini.
Assalammualaikum.
Atas permintaan ramai saya kongsi sedikit gambar luaran dan dalaman rumah kecil saya ini. Dinding luar saya guna shera plank, dalaman saya guna partition board.
Ini adalah hasil dan ciptaan deko saya sendiri, rumah kampung 100% hasil tangan sendiri.
Yang baik datangnya dari Allah S.WT. Segala kekurangan datangnya dari saya sendiri.
Gambar dari luar rumah, bahagian hadapan.
Ruang rehat bahagian beranda luar rumah.
Inilah bahagian tepi rumah yang bakal dibesarkan. Sebelum ini, perkongsian beliau pada kawasan tersebut masih ada dinding shera plank di bahagian bertutup kain biru itu. Kemudian, dinding bahagian itu dibuka untuk dibesarkan bagi menghasilkan ruang tamu.
Untuk pengetahuan semua, shera plank ini boleh digunakan semula berkali-kali, buka dan pasang. Asalkan barhati-hati masa membuka supaya shera tidak rosak. Semua shera bahagian ini akan digantikan dengan partition board. Macam bahagian dalam rumah beliau sekarang.
Shera yang dibuka pada dinding lama tersebut akan ditampal semula pada dinding batu ini selepas siap plaster nanti.
Lantai rumah yang digunakan adalah vinyl floor 3mm.
Wainscoting pada bahagian dinding partition board. Belum siap sepenuhnya.
Siling yang digunakan adalah berkonsepkan L box. Supaya dapat letak lampu T5 dibahagian dalam siling.
Ruang menonton tv.
Gambar ruang tamu ini selepas selesai dibesarkan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.