Bestnya bila ada rumah yang kemas, cantik dan minimalis tanpa ada banyak perabot yang diperlukan. Cukuplah hanya ada perabot penting seperti meja makan, rak tv, sofa dan sebagainya. Amilah Mokhtar berkongsikan posting beliau yang di
upload dalam grup "Deco Rumah Flat", menunjukkan bagaimana beliau lakukan deko apartment subsale yang cantik berbanding yang asal.Susulan daripada deko tersebut, ramai juga yang komen menyatakan bahawa hasil deko sebelum & selepas tu memang wajar dipuji. Jom kita lihat hasil dekorasi dilakukan ini. Mana tau kan tetiba ianya boleh dijadikan sebagai inspirasi buat anda semua.
Apartment 750sqft subsale. Sebelum vs selepas. Tema mendeko asal sedap mata memandang je, alhamdulillah cukup lah buat tempat kami berteduh tiga beranak
Rumah Apartment Sebelum Diberikan Wajah Baharu
Kalau sebelum ini ruang tamu apartment ini penuh dengan sofa, seterika dan sebagainya. Nampak serabut.
Tengok pada bahagian dapur pula macam nak nangis jer rasa.
Tandas masih lagi okayla tapi perlukan beberapa perubahan.
Dekorasi Rumah Apartment Yang Cantik Selepas Berwajah Baru
Alhamdulillah, setelah meneliti beberapa gambar inspirasi. Inilah hasil akhir pada ruang dalaman rumah apartment kami ini.
Ruang tamu terus nampak luas selepas kurangkan perabot pada bahagian ini.
Ruang meja makan bersama dengan keluarga tersayang.
Ramai yang rekomen benda ni jadi letak jugaklaaa.
Nak ready-ready tudung pun senang lepas ada mirror wall ni.
Bahagian dapur rumah kami ini. Masa ni kemas lagi tanpa sebarang alat-alat memasak.
Kredit : Amilah Mokhtar