Transformasi Rumah Kuarters Lama 90an Kembali Nampak Cantik

8,753 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sebuah rumah yang terbiar lama sehingga tiada penghuni ni agak-agak ada orang tak yang nak duduk? Rasanya ramai yang akan tolakkan tambahan pula dengan keadaan yang terbiar sebegitu. Tapi untuk sesetengah masyarakat ni ada jer yang nak rumah sebegitu dan lakukan transformasi agar ia kembali nampak cantik.

Macam yang dilakukan oleh Chienta Haty ini. Beliau telah berkongsikan bahawa telah melakukan sebuah transformasi rumah kuarters lama yang berusia dari tahun 90an lagi.Rumah kuarters tersebut diberikan dengan tema yang berwarna biru dan kesemua hasil sebelum dan selepas tersebut turut dikongsikan.

Jom kita melihat perkongsian daripada Chienta Haty ini.

Transformasi Rumah Kuarters Lama Tahun 90an Dari Rumah Terbiar Menjadi Rumah Idaman

Assalamualaikum saje nak share kat hampa semua.

Hasil deko rumah kuarters kamii bertema kan biru. Rumah kuarters lama tahun 90an. Rumah ni kami baru duduk 2 bulan. Daripada zero takde barang kami slow2 beli dan kumpul. Rumah ni masih lagi dalam proses sebab kami berdua PJJ. Simple2 je dan inilaa hasilnya.

Gambaran Sebelum Dan Selepas Transformasi Dilakukan

Berikut merupakan bahagian setiap rumah sebelum dan selepas transformasi dilakukan ini.

Bahagian Ruang Tamu

Ini adalah bahagian ruang tamu pada rumah kuarters tersebut. Daripada kosong diletakkan sofa dan juga dicatkan warna putih sekali dengan wainscoting dinding.

Transformasi Rumah Kuarters Lama

Bahagian Menuju Ke Bilik

Nak menuju ke bilik ni ia sekali dengan bahagian ruang tamu. Untuk pintu setiap bilik tersebut dicatkan dengan warna biru.

Transformasi Rumah Kuarters Lama

Bahagian Dapur & Ruang Makan

Bahagian dapur pun tak ketinggalan juga dengan tema warna biru dan putih ini.

Transformasi Rumah Kuarters Lama

Bahagian Bilik Air

Transformasi Rumah Kuarters Lama

Bahagian Laundry Luar

Bahagian luar tersa kecil dan tak tahu nak buat apa? Jadikan saja ia sebagai tempat laundry yang cantik macam ni. Baru lah menghiasa ruang kecik ini.

Transformasi Rumah Kuarters Lama

Bahagian Bilik Tidur

Transformasi Rumah Kuarters Lama

Kredit : Chienta Haty

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down