Waincoting ini memang sudah sebati kepada mana-mana keluarga yang ingin mencantikkan dalaman rumah mereka. Dengan adanya wainscoting, dinding rumah yang biasa juga akan kelihatan cantik dan menarik. Dan yang paling penting adalah wainscoting ini boleh dilakukan secara DIY di rumah untuk semua orang.
Seperti hasil DIYÂ wainscoting yang dikongsikan oleh Fathihah Amir ini. Beliau dan suaminya telah melakukan sebuah DIY wainscoting kayu pada dinding rumah mereka. Hasilnya sangat cantik dan menarik jika dibandingkan dengan dinding rumah mereka sebelumnya. Jom kita lihat bagaimana DIY ini dilakukan.
Assalammualaikum, sekadar berkongsi minat yang sama. Alhamdulilah hasil gigih kami suami isteri untuk rumah pertama kami.
DIY Wainscoting dari A to Z kami berdua sama2 buat. Alhamdulilah tidak sempurna sepenuhnya ada jugak cacat sana sini. Tapi kami tetap enjoy buat sampai habis.
Dan hasilnya tetap memuaskan hati kami. Jadilah kan, rumah sendiri. Part paling byk kena sabar adalah part ukur, part dinding tak rata.
Deko2 pun kami berdua buat semuanya, masih belum cukup lengkap, InsyaAllah semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Wainscoting Ini
Proses Untuk Melakukan DIY Wainscoting Dinding Ini
Untuk melakukan sebuah DIY wainscoting dinding ni, pertama adalah dengan mengukur terlebih dahulu kayu wainscoting. Tentukan panjang mana yang nak dan potong dengan gergaji macam di bawah ini.
Selepas itu, dah settle potong kayu tersebut. Lekatkan pula kayu itu dengan salotape dan buatkan bentuk wainscoting yang diinginkan.
Selepas selesai siapkan bentuk yang diinginkan, lekatkan kayu wainscoting tersebut dengan gam kayu. Yang paling ramai guna adalah gam X-Bond.
Selepas kayu wainscoting dah lekat dengan kuat. Sambung pula dengan aktiviti mengecat kayu tersebut.
Untuk menambahkan seri lagi, boleh letakkan lampu spotlight agar kawasan tersebut kelihatan cantik.
Hasil Akhir DIY Wainscoting Kayu Yang Dilakukan Ini
Selepas berhempas pulas dan lelah melakukan DIY wainscoting ini, akhirnya siap juga. Inilah dia dekorasi ruang tamu rumah yang dihiasi dengan wainscoting kayu ini.
Sumber : Fathihah Amir
Walaupun simple tetapi hasil DIY wainscoting ini sangat cantik dan menarik! Ia dapat menaikkan lagi seri pada ruang tamu rumah beliau. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk DIY wainscoting di rumah anda.
Semoga bermanfaat!