Hasil Kerja Baikpulih Rumah Mak Yang Lama Terbiar Di Kampung

0 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Jikalau anda atau sesiapa yang mempunyai sebuah rumah ibubapa di kampung ni seeloknya jenguk tengok keadaan rumah tersebut. Adakah ianya masih lagi dalam keadaan baik atau sebaliknya. Jika masih lagi menjaganya syabas namun jika sebaliknya elok lakukan kerja baikpulih rumah tersebut agar kembali nampak cantik.

Seperti yang dikongsikan oleh Yana Tahir ini, beliau dan juga adik beradik yang lain melakukan kerja baikpulih rumah mak mereka di kampung. Projek adik beradik tersebut sangatlah berbaloi dan boleh dilihat hasil sebelum dan selepas baikpulih rumah tersebut.

Jom kita melihat hasil kerja yang dilakukan ini.

Hasil Cantik Projek Adik Beradik Lakukan Kerja Baikpulih Rumah Mak Terbiar Di Kampung

Nak kongsikan sebuah projek dekorasi simple rumah kampung selepas kerja baikpulih rumah ini. Projek adik beradik fokus kepada membaik pulih rumah kampung mak yang sudah lama terbiar.

Sekarang, hasil projek dilakukan tersebut, rumah telah dijadikan sebagai rumah persinggahan bila mak & kami adik beradik balik kampung.

Keadaan rumah kampung yang terbiar sebelum kerja baikpulih dilakukan

Dalaman rumah ma sewaktu datang meninjau keadaan. Ni pun masa ni tengok-tengok dan fikir macam mana nak baikpulih.

Kerja Baikpulih Rumah

Bahagian luar rumah. Memang rumah ni rumah kayu dan kelihatan sebahagian kayu sudah pun rosak. Ada yang okay dan ada yang perlu tukar baharu.

Kerja Baikpulih Rumah

Ruangan kosong pada bahagian belakang berdekatan dengan dapur.

Nostalgia melihat bahagian ni. Ini merupakan bahagian dapur.

Kerja Baikpulih Rumah

Hasil Akhir Projek Baikpulih Rumah Di Kampung Ini

Terus sahaja kepada hasil akhir ini. Inilah dia keadaan dalaman rumah selepas baikpulih dilakukan oleh adik beradik ini.

Memang memilih warna putih untuk bahagian ini agar ia kelihatan tenang, luas dan cantik.

Kerja Baikpulih Rumah

Bahagian dapur baharu. Hehehe. Masa ni proses membersihkan lantai kerana dah pasang tiles baharu. Berubah 100% bahagian ini.

Kerja Baikpulih Rumah

Bahagian tandas juga sama warna dengan bahagian dapur. Nak bagi nampak sekata.

Kerja Baikpulih Rumah

Last sekali, untuk bahagian luar rumah ni dicatkan warna baharu agar nampak seakan-akan kampung moden. Walaupun ada yang sekata dan tak janji kelihatan kemas dan cantik.

Kerja Baikpulih Rumah

Kredit : Yana Tahir

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down