Idea Cantikkan Bahagian Divider Guna Bata Merah

106 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila isteri sering memandang tinggi terhadap kebolehan kita, bermacam perkara yang diminta, ada yang logik dan ada juga yang tidak logik.

Namun, sebagai seorang suami mithali dan sangat menyayangi isteri. Segala permintaannya pasti kita tunaikan walaupun kurang mahir dalam melakukan perkara tersebut.

Itulah yang dilakukan oleh seorang suami ini yang bernama Asrul Achoi. Disebabkan isterinya mahu bahagian dinding dalaman rumahnya seperti dinding KFC, beliau telah melakukan beberapa ubahsuai dengan memecahkan dinding lama dan menaikkan bata baru.

Ingin melihat proses dan hasil yang dilakukan boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Idea Cantikkan Bahagian Divider Guna Bata Merah Inspirasi Dari KFC

Hari tu gi makan KFC dekat bangunan itu lawa brick dia.

Gagah la pergi beli brick ini dekat kedai mozek. (Suzuka Kastone brick).

Isteri beli semuanya. Bila wife tanya, abang reti pasang ke? Mengaku jelah reti. Padahal tak reti pun takpa, Youtube kan ada.

Berbekalkan kapak RM20. Saya kapakkan la dinding itu bagi kasar permukaan. Habislah berdebu satu badan.

Syok pasang brick ni. Time habuk itu yang tak best, lagi penat pada pasang brick ni. Next projek kita buat pintu barn door pula.

Beliau cukup mengimpikan brick seperti ini.

Idea Cantikkan Bahagian Divider Guna Bata Merah

Kesan habuk setelah proses pecahkan dinding selesai.

Idea Cantikkan Bahagian Divider Guna Bata Merah

Bahagian ini perlu ditutup dengan plastik dahulu supaya habuk tidak merebak ke tempat lain.

Idea Cantikkan Bahagian Divider Guna Bata Merah

Bancuh simen gam dan semen biasa.

Idea Cantikkan Bahagian Divider Guna Bata Merah

Siap proses kasarkan dinding.

Idea Cantikkan Bahagian Divider Guna Bata Merah

Spray air pada bata, selepas itu letak simen. Kemudian, spray air pada dinding pula dan tampal bata.

Idea Cantikkan Bahagian Divider Guna Bata Merah

Mark guna kayu antara gap.

Idea Cantikkan Bahagian Divider Guna Bata Merah

Nak lagi teliti dan betul boleh guna laser.

Idea Cantikkan Bahagian Divider Guna Bata Merah

Proses pemasangan siap separuh.

Idea Cantikkan Bahagian Divider Guna Bata Merah

Pemasangan sudah hampir siap.

Idea Cantikkan Bahagian Divider Guna Bata Merah

Gambar setelah projek ini selesai dilakukan.

Idea Cantikkan Bahagian Divider Guna Bata Merah
Idea Cantikkan Bahagian Divider Guna Bata Merah

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down