Projek Loteng Untuk Rumah Mempunyai Siling Yang Tinggi

71,045 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sesetengah rumah di Malaysia ini ada yang mempunyai jenis siling yang sangat tinggi. Kebanyakkan rumah sebegini terdapat dikampung dan juga dibandar. Rumah sebegini mempunyai aliran udara yang sangat baik untuk memastikan suasana tidak panas.

Namun, rumah sebegini selalunya kekurangan ruang yang secukupnya untuk anda yang jenis memerlukan bilik yang banyak. Jadi, penyelesaian yang terbaik adalah dengan membuat projek loteng pada siling rumah tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh Nurlailah Khadijah ini.

Jadi, Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan ada semua sedikit idea untuk projek loteng agar anda semua mendapat inspirasi jika mahu melakukan loteng di siling rumah. Jom kita tengok hasil projek loteng yang dikongsikan oleh Nurlailah Khadijah ini.

Wanita Kongsikan Projek Loteng Untuk Rumah Mempunyai Siling Yang Tinggi

Salam, sharing our idea project Loteng untuk bilik siling tinggi. Bilik ni siling tinggi 25kaki ke atas, so kami tambah 2 loteng, loteng tingkat pertama tuk office rumah, dan loteng kedua buat loft bed. Semoga memberi manfaat

2 Loteng Dalam Satu Tempat

Inilah dia pada masa awal-awal membuat loteng di siling rumah kami. Mula-mula risau dan serun juga tengok atas tu namun apabila proses welding lantai dilakukan ia akan kukuh.

Projek Loteng

Seterusnya, proses membuat tangga untuk naik kebahagian loteng ini.

Ini pula adalah proses membuat loteng kedua kami iaitu tempat untuk diletakkan loft bed untuk dijadikan tempat tidur.

Projek Loteng

Siap juga bahagian tangga ini. Beginilah rupa tangga ini.

Projek Loteng
Projek Loteng

Mini ofis ataupun tempat untuk membuat apa-apa kerja diatas loteng ini.

Diatasnya pula terdapat loft bed macam yang saya katakan tadi. Sesusah buat kerja boleh tidur diatasnya.

Projek Loteng
Projek Loteng
Projek Loteng

Sumber : Nurlailah Khadijah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down