Idea Deco Cara Bajet Rumah Kampung Lama Kayu

5,473 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah kampung cukup terkenal dengan gaya rumah yang bertemakan kayu. Secara kebiasaannya, rumah kampung sering menggunakan konsep deco gaya klasik. Namun, berlainan konsep yang dilakukan pada kali ini. Pemilik rumah ini menghasilkan deco yang kelihatan sangat mewah persis seperti rumah banglo.

Perkara tersebut telah dilakukan sendiri oleh wanita ini yang bernama Siti Nabilah Jamaluddin. Beliau telah berkongsi idea deco cara bajet rumah kampung kayu lamanya itu gaya yang cukup menarik.

Jadi, jom ikuti perkongsian menarik ini.

Idea Deco Cara Bajet Rumah Kampung Lama

Assalamualaikum semua.

Ingat lagi tak sebelum ini saya pernah kongsi baru pindah masuk rumah alhamdulillah sudah masuk 4 bulan saya duduk disini. Tambah-tambah sikit deko buat keselesaan kami 3 beranak (mak, saya dan suami).

Rumah kampung sahaja deko cara bajet. Ini ruang tamu sebelah atas. Suka tengok deko-deko cantik dekat facebook.

Doakan saya dikurniakan anak lagi buat penyeri rumah sekarang tumpang kasih anak-anak kakak dan abang. 4 tahun sudah anak syurga tinggalkan saya tahun ini cukup 7 tahun sudah perkahwinan saya.

Pandangan dari luar, keadaan dan konsep rumah kampung kayu itu.

Idea Deco Cara Bajet
Idea Deco Cara Bajet

Bahagian ruang tamu rumah setelah diubahsuai. Karpet yang digunakan adalah dibeli dari Shopee.

Karpet velvet 3D: https://shope.ee/VXEvwiCRh

Idea Deco Cara Bajet
Idea Deco Cara Bajet

Ruang tamu rumah dari sudut menonton tv.

Idea Deco Cara Bajet
Idea Deco Cara Bajet

Deco pada bahagian dinding dengan menggunakan wainscoting dan hiasan bunga.

Idea Deco Cara Bajet

Keadaan ruang tamu pada waktu siang.

Idea Deco Cara Bajet

Konsep deco simple yang dilakukan pada ruang "doorway".

Idea Deco Cara Bajet

Keadaan deco "doorway" pada waktu siang.

Idea Deco Cara Bajet

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana dalam mengubahsuai rumah.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down