Rumah sewa adalah rumah sementara yang di huni oleh kebanyakannya mereka yang baru berkahwin dan kurang berkemampuan. Selain itu, ada juga faktor lain yang membuatkan kita memilih untuk menyewa. Salah satunya adalah disebabkan oleh faktor kerja jauh dari kampung halaman dan sebagainya.
Namun, rumah sewa juga perlu di deco dengan cantik dan menarik supaya ianya selesa untuk dihuni. Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nur Anis Azizan. Beliau telah berkongsi beberapa gambar ubahsuai yang menarik sebagai idea deco dapur rumah sewa hanya guna wallpaper brick sahaja.
Jadi, jom ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsikan ini.
Decoration dapur rumah sewa.
Sekadar perkongsian. Barang semua tak ada la mahal, beli dari Shopee, Ninso dan Kedai Eco sahaja. Idea hasil godek-godek dalam Facebook juga.
Bagi saya, menyewa ke rumah sendiri ke sama sahaja dipanggil rumah tempat kita berteduh wajib selesa sedap mata memandang dan yang paling penting kena bersih.
Gambar selepas dan sebelum dapur rumah sewa ini.
Link Shopee wallpaper brick : https://shope.ee/3VAYsaSGqF.
Bahagian ruang sinki dan rak tempat menyimpan barangan elektronik.
Sangat menarik dan begitu kreatif dekorasi rumah sewa yang dilakukan ini. Ubahsuai yang dilakukan simple sahaja tapi sangat menarik.
Keadaan bahagian tempat menyimpan perkakasan rempah ratus selepas dan sebelum diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk ubahsuai rumah sewa masing-masing.
Semoga bermanfaat.