Idea Penghalang Tingkap Diperbuat Daripada Kain Burlap

0 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Sesiapa disini yang berada dirumah kondo? Pernah terkena atau tidak dengan posisi tingkap tandas yang menghadap kepada bahagian yang orang boleh nampak? Kalau benda ni terjadi apa yang akan anda semua lakukan? Nak mandi pun sudah semestinya akan berasa tidak selesa disebabkan pemandangan yang open kearas tandas rumah sendiri.

Bagi Johnson Ng ini, beliau ada masalah sebegini juga dirumahnya namun mengatasinya dengan melakukan penghalang tingkap yang diperbuat daripada kain burlap ataupun kain guni. Idea tersebut sememangnya mengatasi pandangan daripada orang luar untuk melihat direct kedalam kawasan tandas tersebut.

Idea Penghalang Tingkap Diperbuat Daripada Kain Burlap Untuk Jaga Privasi Dari Orang Lain

Ini saya share satu idea jika anda menghadapi masalah serupa. Bilik mandi utama rumah saya ini si arkitek buat tingkap casement betul-betul di belakang toilet bowl. Walaupun cerminnya jenis frosted, bayang-bayang kita jelas kelihatan dari koridor di luar tingkap.

Arkitek tukang skodeng kot? Pikir punya pikir, timbul idea ini yang dapat menjaga privasi tetapi masih memberikan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi. Ia kalis angin.Semua komponen 'langsir kalis angin' ini dibeli dari Daiso.

Idea Penghalang Tingkap Untuk Masalah Tandas Utama Di Rumah Kondo

Inilah dia penghalang privasi pada tingkap yang dilakukan tingkap tandas.

Idea Penghalang Tingkap

Beliau membeli hook dan kain burlap ni di kedai kaison ataupun mr.diy. Namun dalam shopee pun ada jer jual.

Idea Penghalang Tingkap

Ni contoh hook clip yang dipasangkan pada kain burlap dan dilekatkan pada rod tersebut.

Pandangan daripada luar rumah ni yang menghadap kepada tandas rumahnya. Kalau tak tutup dengan kain burlap tu boleh nampak direct kebahagian tandas rumah. Semua tandas rumah kondo ni sama design jadi semua terdedah dengan masalaha sebegini.

Idea Penghalang Tingkap

Sumber : Johnson Ng

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down