Kalau bercerita tentang hari raya, sudah pasti semua orang akan teruja apabila mendengarnya. Mana tidaknya, semua orang sudah pasti memikirkan dekorasi dan konsep apa mahu diterapkan untuk raya pada kali ini.
Bukan setakat rumah sahaja yang perlu diubahsuai sempena raya, tetapi, bilik tidur juga perlu didekorasikan. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang pereka design dalam rumah yang bernama Muhammad Arif. Perkongsiannya pula adalah mengenai contoh ubahsuai bilik tidur sempena menyambut Aidilfitri.
Biasanya, pemilik rumah akan fokus terhadap bahagian ruang tamu dan bahagian luar rumah sahaja jika ingin mendekorasi rumah sempena menyambut hari raya. Tetapi, dekorasi pada kali ini lebih memfokuskan konsep dan dekorasi untuk bilik tidur sempena menyambut hari raya yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian mengenai idea ubahsuai bilik tidur sempena hari raya aidilfitri
Ini adalah keadaan bilik tidur (Master Bedroom) sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan gaya dan mood untuk menyambut hari raya Aidilfitri, jelas kelihatan ruang bilik tidur ini dipenuhi dengan barangan dan nampak tidak begitu kemas.
Keadaan bilik tidur selepas proses ubahsuai selesai dilakukan.
Ruang belajar sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan konsep baru.
Keadaan ruang belajar selepas diubahsuai.
Bilik anak lelaki sebelum diubahsuai.
Keadaan bilik tidur anak lelaki selepas diubahsuai.
Keadaan ruang solat sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang solat selepas diubahsuai.
Keadaan bilik tetamu sebelum diubahsuai.
Keadaan bilik tidur tetamu selepas diubahsuai.
Hasil dekorasi bilik tidur setelah selesai diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea dan inspirasi untuk mengubahsuai rumah sempena menyambut hari raya nanti.
Semoga bermanfaat.