Semua suri rumah menginginkan dapur yang cantik dan kelihatan menarik. Dengan memiliki dapur rumah dengan konsep sedap mata memandang, ia dapat memberi semangat kepada suri rumah dalam melakukan kerja-kerja di dapur.
Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Bal N Ayu. Disebabkan mahu menjadikan dapur rumahnya lebih menarik, beliau telah menghasilkan ubahsuai dapur lama berkonsepkan gaya ala back to nature.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Dapur kesayangan saya.
Alhamdulillah, baru sebulan lebih pindah di sini. Inilah hasil sebelum dan selepas dapur yang tak seberapa.
Kalau tengok gambar di bawah ini, pasti terfikir macam mana nak pasang kabinet itu. Pintu dapur berada pada bahagian kanan, pintu belakang berada pada bahagian kiri. Setelah melihat gambar "selepas", barulah kita akan perasan, rupa-rupanya pemilik rumah pecahkan bahagian dapur untuk pindahkan pintu.
Disebabkan konsep reka bentuk dapur lama agak susah, jadi pemilik rumah ini terpaksa pecahkan bahagian dapur ini terlebih dahulu.
Kos keseluruhan untuk kabinet dapur atas dan bawah 16sqft, material 3g glass dan table top 16sqft kesemuanya adalah berjumlah RM8700. Kos tukar dan alih pintu RM2200.
Untuk pengetahuan, pasu bunga putih itu dibeli dari IKEA. Air diffuser juga diletakkan pada bahagian dapur ini.
Pasu bunga yang berada di atas meja itu dibeli secara online di Shopee.
Balang yang digunakan di bawah ini di beli dari Shopee.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk ubahsuai dapur lama rumah kepada satu gaya yang baru dan lagi cantik.
Semoga bermanfaat.