Rumah yang cantik dan berseri sudah pasti datang dari pemilik rumah yang sentiasa menjaga rumah kediaman mereka. Hal ini kerana, dengan lakukan beberapa pengubahsuaian dan deco rumah, ianya dapat menghasilkan satu mood yang agak ceria dan selesa untuk keluarga kita menetap.
Individu yang diberi tanggungjawab untuk ubahsuai kediaman ini merupakan seorang pereka design dalaman rumah yang bernama Syarafuddin Othman. Beliau tanpa segan silu berkongsi hasil idea ubahsuai ruang tamu gaya wainscoting yang dilakukan olehnya.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah dengan menggunakan gaya wainscoting dan tona warna gelap yang cukup menarik ini.
Alhamdulillah.
Siap projek baru, kali ini rumah jiran ya. Hasil menimba ilmu dalam group ini, jadi inilah hasil deco yang tak seberapa.
Bahagian dinding sebelum diubahsuai.
Proses-proses memasang bingkai wainscoting mula dilakukan.
Keadaan dinding setelah wainscoting selesai dipasang dan dicat.
Ada yang bertanya, warna apakah yang digunakan? Warna yang digunakan adalah dark grey dan dark teal.
Dinding ruang tamu selepas berjaya diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk deco rumah kediaman.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.