Ini Jenama Dapur Gas Kaca Tahan Lasak Dan Selamat

297 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Masalah yang sering berlaku kepada orang ramai apabila menggunakan dapur gas jenis kaca adalah ianya mudah pecah akibat daripada tekanan haba yang berlebihan semasa kita memasak.

Masalah seperti ini memang membuatkan kita cukup pening kepala untuk memikirkan dapur jenama apa yang memiliki ketahan agak lasak dan bersesuai untuk digunakan.

Kalau beli dapur kaca dengan harga murah, kebanyakan pengguna mengalami masalah yang sama iaitu dapur kaca tersebut akan pecah sekiranya haba panas yang melampau.

Jenama Dapur Gas Kaca Tahan Lasak Dan Selamat Dengan Harga Berpatutan

Seperti perkongsian gambar di bawah ini, pemilik rumah sedikit pengeluh dan serik kerana dapur yang digunakan semasa memasak tiba-tiba pecah. Apabila ianya pecah, sudah pasti ia akan membahayakan kita yang berada berhampiran dengan dapur gas itu. Percikan kaca tersebut jika terpercik dan terkena kepada seseorang, ia boleh menyebabkan kecederaan.

Bahaya!

Boleh lihat gambar di bawah keadaan dapur yang telah pecah.

Dapur Gas Kaca Tahan Lasak
Gambar dari Razimah Bakar

Jadi, bagi menyelesaikan masalah dapur rumah yang sering pecah dan membahayakan apabila panas, cara terbaik adalah dengan memilih salah satu jenama dapur kaca yang telah di iktiraf tahap keselamatannya.

Jenama dapur gas kaca yang dicadangkan adalah jenama ELBA EGH-K8843G(BK).

Apa yang membuatkan dapur jenama Elba ini berbaloi untuk dimiliki?

Kita mulakan dengan perbandingan terlebih dahulu. Jika dibandingkan dengan jenama Elba model EGH-J8552G(BK), jenama Elba dengan model EGH-G8523G(BK) mempunyai dimensi yang lebih besar, iaitu 760 x 450 mm.

Selain ianya didatangkan dengan dimensi yang lebih besar, jenama Elba dengan model EGH-G8523G(BK), turut menawarkan lebih banyak burner iaitu 3 burner.

Antara ciri lain dapur kaca jenama ini adalah, ianya turut dilengkapi dengan ciri battery auto ignition system yang membolehkan pengguna menghidupkan api dengan lebih mudah dan cepat.

Spesifikasi dapur gas kaca jenama Elba model EGH-G8523G(BK):

Dapur Gas Kaca Tahan Lasak

Dapur jenama Elba ini sangat disarankan untuk dimiliki oleh kerana ianya dilengkapi dengan ciri-ciri yang cukup menarik dan tidak membahayakan pengguna. Buatlah pilihan yang bijak semasa membeli. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down