Combo Dryer Washer Toshiba Yang Berbaloi Untuk Dibeli

99 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Masih lagi memikirkan jenama apa yang terbaik untuk washer dan juga dryer sekaligus? Apa kata beli jer combo terus 2 item tu dengan harga yang lebih berbaloi? Jimat masa daripada pening memikirkan jenama mana yang perlu dipilih.

Jenama apa yang menawarkan pembelian combo dryer dan washer ini? Sudah semestinya dryer washer yang berjenama Toshiba ini. Dengan harga serendah RM2499 tersebut ada dah pun dapat washer dryer toshiba ini. Yang paling best lagi kedua item tersebut adalah berkapasiti 7KG keatas. Jadi, nak membasuh atau keringkan baju yang banyak jadi lebih senang.

Masih ragu-ragu adakah jenama ini tidak elok ataupun tidak? Jom tengok review yang dikongsikan oleh Zizie Nyza yang menerangkan apa yang bagus tentang washer dryer toshiba ini. Yang lagi best dapat jimatkan eletrik lagi tu.

Pembelian Berbaloi Combo Dryer Washer Toshiba Yang Wajib Anda Beli Letak Di Rumah

Just sharing some review : Toshiba 7kg Sensedry Tumble Dry and Toshiba 7.5kg Front Load washer. Saya beli di shopee combo 2 ni for RM 2499, tambah RM 49 for installation. and RM 80 untuk stacking kit ( optional kalau nak stack mesin basuh dan dryer) Saya area klang valley, so takde delivery fees. Shopee seller nya ada kat gambar ya.

Washer & Dryer Toshiba Pada Harga Yang Berbaloi Untuk Dibeli

Dryer Washer Toshiba

1. Toshiba 7KG Sensedry Tumble dry

  • I would saya highly recommended. Machine senyap during operation, also effortless, just press on button, then start. Saya selalu guna mode auto sebab machine ni ada sensedry. So dia kena stop whenever baju dah kering. Bila tekan auto, inital setting dia terus 1 jam 55 min, tapi usually saya keringkan baju/jeans/seluar one go dalam 50 min - 1 hour dah kering so machine stop
  • Machine ni ada air hose (refer gambar) bagi mengeluarkan hot air time guna machine ni, so preferably letak dekat dengan tingkap. so tak lah rasa bahang. Pernah terlupa keluarkan, tak lah rasa panas sangat pun area tu.
  • In terms of pengeringan, baju sangat kering dan selesa untuk dipakai. Nak pkai terus lepas keluar dryer pun boleh. Selain itu, baju pun kurang renyuk jika terus dilipat/digantung selepas keluar dryer. Effortless lepas tu nak gosok, bagus untuk orang busy atau mak2 nak gosok baju laki atau anak2.
  • Satu lagi benda yang saya suka ialah baju sangat wangi, lagi2 kalau pakai downy. Bau softner tu mmg kekal lebih lama berbanding kita jemur kat luar.

2. Toshiba Top Load washing machine

  • Senang nak digunakan jer. Cuma on, pilih mode, letak sabun and softner, Start je terus then boleh lah lupakan, nanti bunyi, terus pindah ke dryer.
  • Sabun yang perlu digunakan adalah jenis front load washing detergent, lebih sesuai kerana low suds (kurang buih). Low suds ni penting kerana washing machine front load ni guna kan air yang kurang, jadi kalau pakai sabun biasa banyak buih kan. So dia tak mampu nak operate secara optimum, ada overflow buih, jadi machine pun cepat rosak kalau pakai sabun yang tak sesuai.
  • Pergi ke detergent section di mana2 supermarket, mmg sekarang ada tulis di depan low suds/ or suitable for font load. Haaa harga dia mmg mahal sikit berbanding detergent biasa. Saya pakai ni 38 lebih masa beli tu tapi tak perlu pakai banyak, tak sampai 1 cup (2/3 cup) dah cukup.
  • Washing machine ni ada option hot water/cold water washing. So ikut lah apa yang sesuai dengan baju anda. Saya biasa pakai hot 20-40 degree sahaja.
  • Spin untuk washer dia memang power. Lepas spin baju rasa kering, tak ada rasa berat air. Lagi senang masuk dryer.
Dryer Washer Toshiba
Dryer Washer Toshiba

Dryer washer toshiba ini juga boleh didapati didalam shopee sahaja. Boleh self collect ataupun pos ke keseluruh Malaysia.

Penggunaan Eletrik Antara Dryer Washer Toshiba Ini

Mesti semua orang tertanya2 penggunaan electric. Ni antara soalan paling famous kat sini. So every week saya akan basuh baju 2-3 round on average. Bill electric saya so far naik hanyalah RM20 lebih kurang.

Sebagai Contoh : Last month bill saya 19.50, bulan ni baru 40.70. Ini include aircond yang saya kadang2 on, bukan hari2, water heater bilik mandi 4 kali sehari , cuckoo water dispenser, cuckoo air purifier, air fryer dan all basic necessities rumah dan lain-lain. Mesti nak tanya kenapa bill saya sikit kan, saya berdua je dengan husband, and dua2 kerja.

Akhir Kata Mengenai Penggunaan 2 Barangan Jenama Toshiba Ini

So, final verdict saya adalah both of these machine sangat lah berbaloi untuk dibeli. Jimat masa tenaga dan usaha untuk para suami, boleh lah hadiahkan dryer untuk isteri. Memang konfirm bini senyum.

Review atas ni lepas sebulan saya pakai. Review baru Setelah pakai for 1 year, these machine and dryer masih works fantastic. Senang kerja, tak perlu risau musim hujan. Overall, tak menyesal beli.

For sabun, saya dah tukar persil powder front load, pada saya lebih jimat, 1 box boleh tahan lama. 5kg box last saya lebih 5 months. and baju saya bersih. Softner saya pakai downy.

Kredit : Zizie Nyza

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down