Jimat! Lelaki Ini Pasang Kabinet Dapur Sendiri

2,973 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rata-rata golongan wanita sememangnya menyukai ruangan dapur yang kemas dan cantik. Oleh itu, kabinet dapur merupakan satu perkara yang perlu ada di bahagian dapur.

Hal ini demikian kerana kabinet dapur membantu dalam memastikan ruangan dapur kelihatan lebih kemas. Dalam masa yang sama, ia juga dapat membantu menaikkan seri pada ruang dapur supaya sedap mata memandang.

Jika tidak mempunyai bajet yang tinggi, korang boleh pasang kabinet dapur sendiri. Jom ikuti perkongsian dari Muhammad Asyraf Salahuddin yang telah memasang kabinet dapur dengan hasil tangan sendiri.

Pasang Kabinet Dapur Yang Menarik Dengan Hasil Tangan Sendiri

Disebabkan dapur banyak barang. Sampai sakit mata tengok. Jadi sebagai suami mithali ni kena bantu ringankan beban isteri. Betul tak? Jadi terus pergi beli kabinet yang belum siap dipasang untuk selesaikan masalah tersebut.

pasang kabinet dapur

Tak perlu cakap banyak. Settle je angkat semua kotak bawak masuk rumah, terus buka. Dalam hati ni duk cakap "pasang kabinet ni apa la sangat. Kacang je."

Bila tiba time nak buat tu, nak hasilkan kotak macam ni pun dah pening. Tapi tak apa demi isteri tercinta kita usahakan juga.

pasang kabinet dapur

Done! Siap juga akhirnya. Eh, jap. Tak boleh nak happy lagi, baru siap satu. Ada dua lagi memanggil.

Alhamdulillah, lepas dah siap semua kabinet tadi, terus pasang dekat dinding. Dah tak sabar nak rehat ni.

pasang kabinet dapur

Settle pasang ketiga-tiga kabinet. Memang senyum sampai telinga si isteri bila dapat kabinet dapur macam ni. Nanti boleh masak makanan yang sedap-sedap setiap hari.

pasang kabinet dapur

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai projek DIY pasang kabinet dapur bajet yang telah dilakukan oleh Muhammad Asyraf Salahuddin. Semoga dengan perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada anda semua.

Sumber : @muhammadasyrafsalahuddin (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down