Projek DIY Pondok 2 Tingkat Di Kampung Macam Di Hawaii

903 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah terfikir tak untuk menikmati suasana di atas pondok yang tinggi sambil melihat keindahan alam flora dan minum air kelapa macam di Hawaii? Anda sekarang boleh merasainya di Malaysia tanpa pergi ke Hawaii dengan melakukan sebuah projek DIY pondok 2 tingkat di dalam sebuah hutan atau kebun.

Projek DIY ini dilakukan oleh Azizi Arif dan dikongsikan didalam sebuah grup facebook Tukang Apa Hari Ini. Hasilnya sangatlah cantik dan ada juga menyatakan ia sama macam anda bercuti di Hawaii namun ianya adalah di Malaysia. Jadi, jom kita saksikan bagaimana proses diy pondok 2 tingkat ini dilakukan.

Projek DIY Pondok 2 Tingkat Dilakukan ini Mampu Membuatkan Anda Macam Berada Di Hawaii

Salam semua. Nak share sikit sebuah projek pkp aritu. Kayu pine tengah banyak, jadi tak tau nak buat apa.

Kita balun buat pondok 2 tingkat. Membebel mak sebab pondok tu dah lanyak pokok kelapa dia. Tak ape la mak, lepas ni nak petik tak payah pakai galah dah.

Proses Melakukan DIY Pondok 2 Tingkat Dilakukan

Proses melakukan diy pondok ini dilakukan dengan membuat tiang terlebih dahulu. Tak ada tiang macam mana nak buatkan? hehe.

Projek DIY Pondok

Seterusnya adalah kita tambah tangga untuk ke ruang atas sedikit. Letakkan kayu pula dengan kemas agar ia lebih kukuh.

Projek DIY Pondok
Projek DIY Pondok

Testimoni jap tangga yang dilakukan ini. Nak tengok kukuh ker tak. Tengok kukuh dah tu kira dah lulus dah tu.

Yang selebihnya ialah melakukan double check terhadap tiang, lantai dan juga bumbung atas.

Projek DIY Pondok

Alhamdulillah. Inilah dia hasil akhir projek DIY pondok 2 tingkat yang dilakukan ini. Dah ada feeling macam duduk di Hawaii kan? Nak kelapa? Petik jer ditepi tu.

Projek DIY Pondok

Kreatif betul kan rakyat Malaysia ni, boleh buat pondok 2 tingkat sama macam di Hawai. Best kalau dapat lepak dengan kawan-kawan pada waktu petang sambil berbual tanpa melihat gajet masing-masing.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga bermanfaat!

Kredit : Azizi Arif

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down