Kasih Sayang Ayah Membuat DIY Meja Dapur Mini Untuk Anak

129 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kasih sayang ayah terhadap anak-anak ini sememangnya bukanlah sesuatu yang perlu dipandang rendah. Ayah yang menyanyangi anak akan melakukan apa sahaja asalkan dapat puaskan apa sahaja keinginan anak-anak seperti yang dilakukan oleh حفيظ ادريس.

Sikap dan cara yang dikongsikan oleh حفيظ ادريس harus diberikan pujian apabila beliau melakukan sebuah DIY meja dapur mini terhadap anak perempuannya. Berbekalkan hanya kayu pallet yang terbuang dan terpakai hasilnya sangat menakjubkan.

Walaupun hanyalah diy simple biasa sahaja, ianya cukup dan mampu menggembirakan hati anak perempuannya. Jom kita lihat hasil DIY yang dilakukan oleh beliau ini.

Kasih Sayang Ayah Kepada Anak Perempuan Melakukan Sebuah DIY Meja Dapur Mini Dari Kayu Pallet

Assalamualaikum. Buatkan kitchen playset untuk anak daripada pallet terbuang. Maaf ye jika ada kekurangan. Budak baru-baru nak belajar.

Proses Dalam Membuat DIY Meja Dapur Mini Untuk Anak Perempuan

Pada awalnya kumpulkan bahagian kayu pallet yang lebih dan juga ada antaranya yang terbuang. Kayu pallet ni boleh lagi digunakan kalau ada idea yang kreatif.

DIY Meja Dapur

Jadi, dapat idea buat diy meja dapur mini ini untuk anak. Apa lagi terus buatkan rangka dapur mini tersebut.

Kemaskan rangka kayu pallet dengan gerudi dan ketatkan guna skru. Semuanya dilakukan pada satu malam jer.

DIY Meja Dapur

Nak sebijik macam dapur rumah memang kena buat lerrr untuk puaskan impian anak-anak. Hehehehe.

Dapat idea lagi nak bagi nampak menarik guna cara macam ni iaitu bakar sehingga urat kayu timbul.

DIY Meja Dapur

Cantikkan kalau urat kayu ni timbul sebegini?

Test dulu letak barangan kat atas ni untuk uji ketahanan.

DIY Meja Dapur

Tuan punya dapur mini ni sedang menilai hasil dilakukan. Lulus!!!

Nak bagi nampak cantik sikit hiaskan macam ni. Suka bila dapat dapur mini yang dilakukan olah ayahnya.

DIY Meja Dapur

Kredit : حفيظ ادريس

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down