Selalu tengok posting orang lain membuat sebuah wainscoting diamond mirror ini semuanya cantik-cantik belaka. Bila nampak cantik rasa nak cuba buat jugakan? Tetapi proses nak membuat itu susah sebenarnya tambahan pula jika tidak tahu proses yang sebenar.
Jika main buat jer sudah tentu anda akan berhadapa dalam kesalahan wainscoting cermin macam dihadapi oleh Fynn Fyna ini. Disebabkan tersilap langkah dalam melakukan kerja wainscoting ini, Fynn Fyna terpaksa berputih mata melihat hasilnya yang tidak menjadi.
Apakah kesalahan yang dilakukan oleh beliau ini? Jom kita tengok kesalahan tersebut agar ini jadi peringatan untuk mereka ingin melakukan projek wainscoting pertama.
Pasang diamond mirror sendiri kalau nak cantik bucu mesti kemas. Hati2 masa pasang dan buat sambungan cermin area bucu sebab mudah crack.
Selalu post yg indah2 ja, sesekali tu nak share jugak pengalaman2 nak cantikkan rumah tu macam2 hal jugak yang jadi sampai kena pecah 1 set cermin terus pun ada.
Gam untuk cermin terlalu kuat, kalau crack bahagian bawah nak bukak balik satu2 kadang fail jugak sbb cermin dah bercantum rapat, boleh jadi masa tarik keluar 1 cermin tu habis berjangkit cermin lain pulak & crack semua. Sadiss tapi hakikat tu macam2 jugak nak kena hadap.
Macam2 hal dan pengalaman yang tak indah kadang2 nak kita share jugak supaya orang lain jadikan iktibar gitu
Kesalahan Yang Perlu Dielakkan Dalam Kerja Wainscoting Cermin
Semasa proses meletakkan cermin pada dinding ni pastikan bucu mesti kemas dan cantik. Awal-awal proses ni berjalan lancar sehinggalah ada cermin yang senget.
Cubaan nak mencabut cermin yang senget tu tidak berjaya disebabkan gam sudah terlalu keras.
Kalau tak hati2 macam ni la, lagi2 bila cermin bawah dah keras dengan gam, susah nak adjust lagi dan bukak satu2 ganti.
Cubaan nak bukak sekeping2 tapi tak berjaya. Standby untuk pecahkan sebab satu lagi cermin yang tak centre. Lagi laaa sakit nak bukak balik.
Disebabkan gam terlalu kuat & cermin yang rapat habis kat dinding semua dah crack, terpaksa pecahkan semuanya. Redha sahaja meliha husband pecahkan cermin.
Pengajaran yang dapat ini adalah untuk melakukan kerja wainscoting pastikan guna gam kayu jenama X-Bond. Ianya sangat senang lebih-lebih lagi kalau tersalah buat.
Elakkan daripada menggunakan silikon kayu dimana ianya melekat dengan kuat dan tak boleh dialihkan cermin yang tersalah kedudukan. Diharap kesalahan wainscoting cermin ini dapat diambil berat oleh mereka yang ingin melakukan wainscoting cermin sebegini.
Kredit : Fynn Fyna