Kesilapan Rekabentuk Bumbung Punca Saluran Air Selalu Tersumbat

1,653 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rekabentuk saluran air paip pada bahagian bumbung rumah ini merupakan perkara yang paling penting untuk mengelakkan terjadinya bumbung bocor. Jika terdapat kesan bocor maknanya ada kesilapan rekabentuk bumbung pada rumah anda.

Jadi, untuk mengatasi masalah kesilapan rekabentuk bumbung dirumah ini. Pengguna facebook bernama Lee Wai Wan ini telah berkongsikan satu tips bagaimana untuk mengelakkan memilih rekabentuk sebegini dan bagaimana cara penyelesaian untuk masalah rekabentuk rangka bumbung.

Jom kita teliti terhadap perkongsian daripada beliau ini.

Kesilapan Rekabentuk Bumbung Antara Punca Utama Saluran Air Atas Bumbung Tersumbat

Hari ini cerita berkenaan dengan kesilapan rekabentuk bumbung. Sebolehnya reka bentuk bumbung biarlah seringkas yang mungkin tanpa banyak reka bentuk seperti gambar terakhir.

Ini adalah kerana semakin banyak tempat sambungan, maka kemungkinan masalah bocor adalah tinggi terutamanya apabila tukang bumbung tidak arif dalam bab ini.

Masalah Kesilapan Rekabentuk Bumbung Punca Saluran Air Tersumbat

Kesan bocor di bahagian siling

Di dalam kes ini valley iaitu longkang laluan air tidak dibuat dengan baik dan telah menyebabkan masalah bocor kerana faktor pemasangan serta faktor luaran iaitu daun kering yang jatuh dari pokok berhampiran.

Laluan air pada valley ini tersekat disebabkan oleh potongan kepingan atap genting yang disusun terlalu rapat menyebabkan daun kering mudah tersekat di bahagian sana.

Apabila banyak daun tersekat dan berlaku hujan yang lebat, air hujan tidak dapat lalu melalui valley itu dengan cepat dan seterusnya menyebabkan limpahan air masuk ke dalam bahagian sana.

Kesilapan Rekabentuk Bumbung

Potongan kepingan atap genting terlalu rapat menyebabkan daun kering tersekat di sana.

Daun kering tidak dapat lalu menyebabkan laluan air semasa hujan turut terjejas menyebabkan limpahan air masuk ke dalam.

Bulatan merah menunjukkan atap genting yang retak di mana ia terletak di laluan longkang air untuk atap genting dan akan menyebabkan air masuk melalui lubang itu. Anak panah biru menunjukkan potongan atap genting yang terlalu rapat menyebabkan daun kering tersumbat di bahagian sana.

Kesilapan Rekabentuk Bumbung

Banyak juga daun kering yang dibawa turun ke bawah. Ini beg sampah jenis yang besar. Bukan jenis yang kecil ya.

Maka dengan ini kami telah membersihkan semua daun di atas bumbung yang berada di bahagian valley. Selepas itu, potongan atap genting di bahagian valley disusun semula agar laluan air tidak terhalang.

Siap kerja. Sedap mata memandang. Daun kering serta air hujan boleh lalu dengan lebih lancar selepas ini.

Kesilapan Rekabentuk Bumbung

Reka bentuk bumbung yang rumit serta banyak sambungan adalah lebih berisiko mengalami bumbung bocor. Lebih-lebih lagi bila tukang bumbung tidak mahir membuat pemasangan.

Sekiranya anda tidak mahu pening kepala, sakit hati ataupun koyak poket di kemudian hari, pilihlah rekabentuk bumbung yang lebih ringkas. Janganlah disebabkan kesilapan rekabentuk bumbung ni anda akan merana.

Sumber : Lee Wai Wan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down