Setiap dekorasi yang kelihatan matching pada dinding rumah, sudah pasti datang dari kombinasi konsep kreatif mengikut pilihan pemilik rumah.
Walaupun pada dasarnya keadaan dalaman rumah kita kelihatan hanya biasa-biasa dan suram. Namun, setelah digayakan dengan konsep tertentu, ia akan kelihatan lebih menarik dan ceria.
Seperti yang dihasilkan oleh suami dan anak-anak Puan Nor Suhada Satiman ini. Beliau telah menghasilkan satu dekorasi gaya baru dengan menggabungkan wallpaper lama dan shiplap wall pada ruang tamu rumahnya.
Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Nak kongsi shiplap vs wallpaper.
Disebabkan wallpaper ini rosak, bahagian bawah sahaja. Jadi, terfikir untuk buat shiplap di bahagian bawah yang atas itu elok je lagi,
Sayang pula nak kopek semua, cuma dalam perancangan jika satu hari nanti wallpaper atas pun rosak, tinggal buatkan wainscoting je nanti bahagian atas itu.
Wallpaper pada bahagian bawah dikopek terlebih dahulu.
Nasib baik wallpaper ini mudah ditanggalkan. Baki kertas yang lekat dekat dinding, sembur air sahaja. Kemudian, gosok-gosok dan terus tanggal.
Kerja-kerja mengecat diserahkan kepada anak-anak teruna mereka.
Biasa orang buat, tampal dahulu baru cat. Namun, disebabkan oleh beberapa faktor, beliau memilih cat dahulu baru tampal.
Setelah selesai cat undercoat, boleh la cat mengikut warna kesukaan kita.
Selepas itu, bermulalah proses pemasangan kayu shiplap pada kawasan bawah dinding.
Spacer atau gap itu guna baki papan yang dipotong tadi, suaminya berkata "lagi senang, besar".
Pada bahagian atas dinding shiplap itu dipasang dengan waisncoting PVC besar bagi memisahkan bahagian wallpaper dan bahagian dinding shiplap itu.
Beginilah keadaan dinding setelah selesai diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.